Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

TIGABELAS: RESIPI LAPUK, RESTORAN MEWAH, DAN KETANDUSAN RASA DALAM UNIVERSITI

  Oleh Fikir Lestari Faiz diterima bekerja sebagai pembantu chef di sebuah restoran yang terkenal. Nama restoran itu besar, dapurnya tersusun rapi, dan setiap hidangan keluar mengikut piawaian yang telah diuji berpuluh kali. Di dinding dapur tergantung buku resipi tebal—lengkap dengan sukatan, masa, dan langkah yang tidak boleh disimpang. Tugas Faiz mudah: ikut resipi, jangan bertanya terlalu banyak, dan pastikan setiap pinggan rasa sama seperti semalam. Pada awalnya, Faiz cemerlang. Masakannya kemas, konsisten, dan pelanggan jarang merungut. Pengurusan gembira. Statistik jualan stabil. Dari sudut prestasi, Faiz ialah tukang masak yang baik. Tetapi perlahan-lahan, satu kegelisahan muncul. Faiz sedar bahawa dia boleh memasak makanan yang baik, tetapi dia belum tentu menjadi seorang tukang masak yang baik. Dia tahu resipi, tetapi tidak tahu kenapa resipi itu wujud begitu. Dia tahu sukatan, tetapi tidak memahami bahan. Dia tahu masa, tetapi tidak peka terhadap perubahan cuaca, kesegar...

Wakaf, Sewa dan Seni Bina: Apabila Kewangan Membentuk Ruang dengan Etika

  Oleh Zaky Jaafar Dalam perumahan moden, khususnya perumahan massa bandar, perbincangan sering diringkaskan kepada bahasa kewangan: harga pasaran, pulangan pelaburan, kadar sewaan, dan nisbah kos. Rumah menjadi komoditi, tanah menjadi instrumen spekulasi, dan seni bina bertindak sebagai alat pengoptimuman. Henri Lefebvre telah lama mengingatkan bahawa dalam sistem sebegini, ruang dihasilkan sebagai “abstract space”—ruang yang dipisahkan daripada sejarah, etika dan kehidupan seharian manusia (Lefebvre, 1991). Di sinilah institusi wakaf menawarkan satu logik yang berbeza. Wakaf bukan sekadar mekanisme pembiayaan Islam, tetapi sebuah institusi ruang dan masa yang menolak pemilikan individu, menyingkirkan spekulasi, dan mengikat seni bina kepada manfaat awam jangka panjang. Apabila wakaf digunakan untuk perumahan sewaan, implikasinya terhadap reka bentuk dan amalan seni bina menjadi sangat ketara. Wakaf sebagai Logik Kewangan Anti-Spekulatif Secara asas, wakaf dicirikan oleh tiga prin...

Peranan Penting Seniman dan Ahli Falsafah dalam Dunia yang Didorong oleh AI

Ketika kecerdasan buatan (AI) berkembang dengan pesat dan semakin meresap ke dalam hampir setiap aspek kehidupan manusia, kita berdepan dengan satu persoalan asas yang telah lama menghantui sejarah kemajuan teknologi: apakah yang akan terjadi kepada kemanusiaan kita apabila mesin menjadi semakin berkuasa? Dalam konteks ini, peranan seniman dan ahli falsafah bukan sahaja kekal relevan, malah menjadi semakin penting. AI dan Kebimbangan tentang Kekejaman Salah satu kebimbangan utama yang sering dibangkitkan ialah kemungkinan AI bertindak secara “kejam” — iaitu membuat keputusan tanpa empati, belas kasihan, atau pertimbangan moral. Walaupun AI mampu memproses data dan menyelesaikan masalah dengan kelajuan yang mengagumkan, ia tidak memiliki kompas moral atau kedalaman emosi seperti manusia. Seperti yang ditegaskan oleh ahli falsafah Martha Nussbaum, bidang kemanusiaan memainkan peranan penting dalam memupuk empati dan pertimbangan etika, iaitu nilai-nilai yang amat diperlukan untuk membimb...

Degradasi Makna “Profesor”: Dari Pengiystiharan Ilmu ke Gelaran Birokratik

I stilah profesor hari ini sering difahami sebagai pangkat tertinggi dalam hierarki akademik. Namun, makna asal perkataan ini jauh lebih luhur dan sarat dengan tuntutan moral berbanding apa yang kita lihat dalam universiti moden. Apabila masa berlalu makna ini telah mengalami proses degradasi—suatu pengecilan nilai, penyempitan tujuan, dan penyongsangan fungsi asalnya sebagai pengakuan ilmu kepada sekadar jawatan pentadbiran atau tanda prestij sosial. Esei ini mengupas perubahan tersebut melalui analisis etimologi, sejarah institusi universiti, dan kritikan terhadap budaya akademik kontemporari. 1. Asal-usul Perkataan “Profesor”: Makna yang Hilang Perkataan profesor berasal daripada bahasa Latin professōr, daripada kata kerja profitērī—gabungan pro (secara terbuka) dan fateri (mengakui, menyatakan). Makna asalnya ialah: “Seseorang yang mengakui sesuatu secara terbuka”—khususnya, mengaku komited kepada ilmu dan kebenaran. (Harper, 2024; Lewis & Short, 1879) Dalam erti kata lain, seo...

Bagaimana Birokrasi Pendidikan Tinggi Malaysia Memiliki Ciri Totalitarianisme.

Imej: Digital collage oleh Danai Gκoni Hannah Arendt pernah mengingatkan bahawa totalitarianisme tidak semestinya muncul dengan tentera berarak atau pemimpin menjerit dari pentas. Ia boleh bermula secara senyap—melalui sistem, khususnya sistem pentadbiran yang semakin luas, impersonal, dan mempunyai logik sendiri. Totalitarianisme, bagi Arendt, berlaku apabila rasionaliti pentadbiran menggantikan pertimbangan manusia, apabila peraturan menjadi lebih “hidup” daripada manusia yang menggunakannya, dan apabila tindakan manusia berpunca daripada ketakutan untuk tidak mematuhi, bukan daripada pertimbangan moral atau intelektual. Di universiti-universiti Malaysia hari ini, kita boleh mengesan gema struktur ini—bukan negara totalitarian, tetapi satu bentuk totalitarianisme birokratik melalui metrik, audit, borang, KPI, ranking, dan ritual pengurusan yang semakin menguasai kehidupan akademik. 1. Kelahiran Sistem yang Mengatasi Manusia Arendt menegaskan bahawa totalitarianisme berkembang ketika ...

Perbandingan Kebebasan Kesarjanaan Antara Universiti Awal Islam dan Barat

Perbandingan Kebebasan Kesarjanaan Antara Universiti Awal Islam dan Barat Oleh Fikir Lestari Sejarah universiti bukan sekadar rangkaian tarikh, bangunan batu, atau manuskrip yang terperap dalam muzium ilmu. Ia adalah sejarah perebutan kuasa—perebutan tentang siapa yang berhak menentukan apa itu kebenaran , bagaimana ia disampaikan, dan kepada siapa ia harus tunduk. Di tengah-tengah arus tersebut berdirilah dua tradisi besar: tradisi Islam yang memuliakan ilmu sebagai amanah ketuhanan, dan tradisi Barat yang secara perlahan menjadikan ilmu sebagai organ birokrasi, kemudian instrument kapitalisme, dan akhirnya menjadikannya sebagai pusat pengukuhan dan penyebaran ideologi moden. Di sini, pertembungan berlaku bukan pada permukaan, tetapi pada aras epistemologi, sains keilmuan itu sendiri. Namun sebelum kita melangkah lebih dalam, satu penjelasan penting perlu dinyatakan: apabila kita menyebut universiti awal , kita merujuk kepada institusi ilmu yang wujud sebelum era kolonial Barat . S...

Sumbangan Kesarjanaan dalam Isu Nasional antara Ahli Akademik Malaysia dan Indonesia: Suatu Perbandingan Kesarjanaan

Dalam dekad-dekad kebelakangan ini, wacana umum memperlihatkan kelincahan sarjana Indonesia mengulas isu nasional—daripada demokrasi, kemiskinan, korupsi, hingga falsafah negara—secara terbuka, mendalam, dan sering kali mempengaruhi haluan dasar negara. Sebaliknya, di Malaysia, suara akademik jarang muncul dengan lantang dalam isu kontemporari; dan jika muncul sekalipun, ia datang daripada kelompok kecil yang berani, bukan arus perdana. Persoalan ini bukan soal kecerdasan atau kapasiti intelektual, tetapi struktur, budaya, dan landskap institusi yang membentuk keberanian atau kesenyapan seseorang sarjana. 1. Jejak Sejarah Politik: Budaya Kesenyapan yang Diinstitusikan AUKU 1971 merupakan garis pemisah yang membentuk identiti akademik Malaysia. Kajian oleh Weiss (2012) dan Zawawi Ibrahim (2016) menunjukkan bahawa undang-undang tersebut bukan sekadar mengawal penglibatan politik mahasiswa, tetapi turut mewujudkan budaya takut dalam kalangan pensyarah. Keterlibatan awam dianggap berisiko,...

Apabila Penulisan Akademik Berhenti Berfikir: Penyeragaman dan penghakisan makna kesarjanaan

     Oleh Zaky Jaafar Penulisan akademik hari ini berada dalam ketegangan pelik antara keseragaman dan hakikat kerencaman pemikiran. Di satu pihak, universiti dan jurnal semakin menuntut penyeragaman—abstrak berstruktur, susunan yang boleh dijangka, gaya rujukan yang ketat, dan keperluan metodologi yang ditentukan secara terperinci. Sedangkan, tradisi yang membina dunia keilmuan moden jarang sekali diseragamkan. Tidak banyak teks yang kita anggap “muktabar” akan lolos proses penilaian ‘peer review’ moden tanpa dibantai habis. Kant mungkin diarahkan untuk “mengemas struktur hujah,” Hegel untuk “memperjelas kerangka konsep,” dan Augustine untuk “mengurangkan naratif yang tidak berkaitan.” Sebaliknya karya mereka padat, tidak sekata dan kadang-kadang sukar, namun ia bertahan kerana keberanian intelektual mereka melampaui batas keseragaman. Penyeragaman yang kita tuntut hari ini bukan sifat semula jadi karya-karya tersebut; ia dihasilkan oleh abad-abad komentar dan tafsiran. ...

Kesan Budaya Penyelidikan Universiti Masakini Terhadap Kreativiti, Inovasi dan Kualiti Akademik

1. Pengenalan Dalam dua dekad terakhir, budaya penyelidikan global telah berubah dengan ketara akibat tekanan metrik yang melampau seperti publish or perish , faktor impak, penarafan universiti dan penilaian berasaskan kuantiti penerbitan. Walaupun pendekatan ini sering digambarkan sebagai kemajuan ke arah ketelitian saintifik, perubahan ini sebenarnya mencerminkan pengaruh semakin kuat daripada positivisme dan reduksionisme. Positivisme, yang cenderung menganggap pengetahuan hanya sah apabila ia dapat diukur dan dibuktikan secara empirikal, dan reduksionisme, yang memecahkan fenomena kompleks kepada unit-unit kecil yang terasing daripada konteksnya, telah membentuk bukan sahaja cara penyelidikan dijalankan, tetapi juga menentukan siapa yang mampu bertahan dalam dunia akademik (Broadbent, 2002). Esei ini berhujah bahawa budaya penyelidikan yang sangat positivistik dan reduksionis mewujudkan ekosistem akademik yang kurang mendorong kreativiti, rendah keupayaan inovasi dan lebih mengutam...

Krisis “Bean Counting” dalam Akademia Malaysia: Suatu Tinjauan Berasaskan Data

Sumber foto: AI Oleh Fikir Lestari 15 Nov 2025 Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, landskap penerbitan akademik di Malaysia memperlihatkan satu paradoks yang semakin meresahkan. Universiti awam dan swasta mencatatkan peningkatan dramatik dalam jumlah artikel yang diterbitkan di pangkalan indeks antarabangsa seperti Scopus dan Web of Science, sehingga seolah-olah menandakan kematangan ekosistem penyelidikan negara. Namun apabila diteliti lebih dalam, impak sosial, dasar, dan inovasi yang terhasil daripada rentetan penerbitan ini masih rendah dan bersifat terasing daripada realiti masyarakat. Fenomena ini bukan sekadar rungutan ahli akademik; ia disokong oleh data empirikal yang menunjukkan bahawa sistem penilaian semasa memberi ganjaran kepada kuantiti berbanding makna. Justeru, budaya “bean counting”, yakni budaya menghitung angka tanpa memastikan nilai sebenar, semakin mencengkam dunia akademia tempatan. 1. Ledakan Penerbitan Tanpa Arah yang Mantap Kajian PLOS One yang dibincang...