V ictor Frankenstein, seorang saintis yang teruja dengan ilmu perubatan sains moden, mengandaikan sekiranya dia dapat mencantumkan anggota badan dari bahagian-bahagian yang diambil dari mayat-mayat manusia yang baharu meninggal, tentunya tidak mustahil dia boleh mencipta seorang manusia baharu. Lalu dia pun melaksanakan impiannya itu, maka terhasillah seorang manusia yang seakan sempurna. Namun manusia ciptaannya itu, tersiksa memikirkan asal kewujudannya dan tujuan hidupnya. Berang dengan kegagalan penciptanya melengkapkan kemanusiaannya, ia membunuh teman dan keluarga penciptanya. Melihat bencana yang timbul dari ciptaannya, Frankenstein merasa bersalah dengan apa yang terhasil, lalu memburunya untuk memusnahkannya. Pemburuannya berakhir tragis, Frankenstein sendiri mati dalam pemburuannya. Raksasa ciptaannya juga terasa sedih dan membunuh diri. Ini adalah kisah popular dari novel Franskenstein , tulisan Mary Shelley yang dihasilkan pada tahun 1818, yang meneroka erti kehidupan ...
Kumpulan esei meneroka kemelut ilmu dan ilmuwan universiti, akibat dari ketagihan reduksionisme dan ketaksuban saintisme dalam pemikiran moden.