Langkau ke kandungan utama

MUKADIMAH BLOG GADING NAN REPUT


Bismillaahirrahmaaanirrahiim. Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Segala Puji Bagi Allah, tuhan sekelian alam. Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluarga serta sahabat baginda.

Universiti merupakan sebuah institusi yang amat penting bagi manusia dalam pembinaan tamadunnya. Ia merupakan otak bagi masyarakat dan negara. Terutama dalam dunia yang sangat cepat berubah di pertengahan dekad kedua di kurun ke 21. Dengan perubahan mendadak yang dibawa oleh revolusi industri 4.0, gelombang internet dan terkini kecerdasan buatan, peranan universiti kini semakin kabur dan perlu penelitian semula.

Makna dan nilai universiti berbeza-beza mengikut masa. Kalau diawal penubuhannya, ia dianggap sebagai insitusi yang bertanggungjawab meningkatkan kesedaran masyarakat tentang erti dan nilai hidup, tentang hakikat kehidupan dan bagaimana memilih jalan membina kehidupan dan masyarakat menurut cara yang terbaik, kini ia telah berubah kearah yang berbeza. Perubahan adalah perlu, namun adakalanya perubahan membawa bersama kesilapan yang perlu di perbetulkan.

Sekiranya kita melihat masalah dunia masakini, masalah masyarakat, krisis geopolitik, ekonomi, dan keadaan alam semulajadi, maka terlihat tanda-tanda kerosakan yang sering kita lihat muncul sebagai petanda awal kejatuhan tamadun-tamadun sebelum ini yang telah pun runtuh. Kalau kita tidak dapat  melihatnya secara telahan kasar, maka sepatutnya ada suatu pihak yang mampu menyedari keadaan ini. Mereka adalah ilmuan yang berada di gedung-gedung ilmu, universiti masakini.

Ilmuan, dengan kesarjanaan mereka, sepatutnya mampu melakukan dua perkara, pertama, melihat jauh kehadapan dan meneka kesan jangkapanjang dari tindakan dan amalan masyarakat masakini. Keduanya, mereka sepatutnya mampu menggagaskan perubahan, tindakan pembetulan yang perlu diambil bagi mengelakkan keruntuhan ini.

Gagasan dari penulisan di blog ini ialah untuk menunjukkan bahawa pada masa kini, ilmuan dan institusi ilmu yang ditunjangi oleh sistem pendidikan tinggi, gagal dalam matlamat ini. Namun apa yang lebih menakutkan, ialah ia tidak sedar  bahawa ia sedang gagal. Secara umumnya ilmuan dan kesarjanaan masakini berada dalam keadaan selesa, menunjukkan prestasi cemerlang, dan dihujani banyak ucapan pujian dan pengiktirafan dicurahkan samada dari luar, bahkan, dari dalam universiti sendiri. Namun telah nampak ada tanda-tanda keretakan. Terutama dari luar kelompok kesarjanaan. Pujian dan sanjungan semakin suram. Bahkan telah ada suara masyarakat dan industri yang melontarkan kritikan kritikan yang meminta universiti menilai semula arah dan falsafahnya.

Namun dari dalam kelompok ilmuan sendiri, mereka masih seronok diuliti dengan pujian kegemilangan dan ucapan tahniah, kerana berjaya menunjukkan prestasi dengan ukuran yang mereka sendiri bina. Kalau ada pun suara yang menegur dari dalaman, samada tidak dihiraukan, dipinggirkan atau yang lebih teruk dihukum.

Blog ini merupakan hasil pemerhatian dan pengalaman penulis yang telah berkecimpung dalam dunia akademia selama lebih dari 25 tahun. Maka banyak perkongsian di sini adalah berdasarkan kisah benar. Tetapi demi  menjaga nama  institusi  dan semangat rakan seperjuangan yang masih berada di dalam sistem, perincian butiran nama, institusi, jabatan dan jawatan tidak disebut, melainkan hanya secara umum.

Tamsil, (perumpamaan atau analogi) merupakan kaedah yang digunakan untuk memberi pemahaman umum tentang sesuatu isu yang kompleks. Dengan menggunakan tamsil, sesuatu isu dikupas dengan penceritaan (samada kisah rekaan atau mungkin juga kisah benar) yang senang difahami semua orang.. Kaedah ini perlu, memandangkan hatta di dalam dunia ilmiah sekalipun, kefahaman rentas bidang amatlah terhad. Seorang ilmuwan bidang sains misalnya mungkin tidak akan memahami terma dan jargon bidang kemanusiaan. Bahkan dalam bidang sesama sains sendiripun, seorang ahli kajihayat mungkin mengalami kesukaran berkomunikasi dengan ahli elektronik. Oleh itu pemilihan kaedah penggunaan tamsilan diperlukan untuk membina kefahaman bersama.

Ingin saya nyatakan di sini, sebaik mungkin saya cuba juga menjelaskan punca masalah krisis-krisis ini timbul. Setelah beberapa lama penulis cuba merungkai satu persatu masalah yang timbul, dapat disimpulkan bahawa semua masalah ini adalah berpunca dari satu perkara yang sama. Berbagai kemelut yang timbul hanya merupakan berbagai bentuk jelmaan dari masalah akar ini. Ia adalah masalah paradigma pemikiran yang bertunjangkan falsafah moden. Secara khususnya, ia adalah tabiat pemikiran moden yang taksub kepada falsafah reduksionisme dan fahaman saintisme. Hal ini agak sukarkan dirungkaikan di dalam blog ini kerana perbicaraannya lebih kepada dasar falsafah. Walau bagaimanapun penulis akan cuba membawa pembaca memahami secara umumnya. Bahkan saya percaya setelah membaca tamsilan-tamsilan yang ditulis di blog ini, huraian dari perspektif falsafah akan menjadi mudah.

Seandainya kita menelusuri perbahasan falsafah tentang punca masalah ini, maka akan jelas bahawa tulisan ini tidaklah meletakkan kesalahan sepenuhnya dibahu ilmuan mahupun pentadbir ilmuan. Mereka berbuat demikian dengan niat yang baik, berbuat sehabis mungkin, berdasarkan akal pemikiran yang mereka dilatih dengannya. Punca masalah pemikiran yang dibahaskan, berakar umbi sejak ratusan tahun, khususnya sejak zaman enlightenment di eropah yang menyaksikan fajar kemodenan menjajah tamadun manusia.

Walaupun tulisan ini menumpukan perhatian kepada kemelut dalaman universiti dan kesarjanaan, ia adalah untuk sajian bacaan seluruh lapisan masyarakat. Pertamanya ialah kerana institusi pendidikan tinggi negara adalah hak rakyat seluruhnya, mereka berhak menuntut yang terbaik darinya. Keduanya, oleh kerana masalah anutan fahaman kedua-dua isme tadi, gejala yang dibincangkan disini tidak dapat disedari, bahkan mungkin dinafikan oleh sang sarjana universiti. Namun dengan mempelawa masyarakat seluruhnya untuk memikirkan hal ini, diharapkan perspektif pihak ketiga dapat melihat dengan jelas apa isu yang dibahaskan di sini.


Fikir Lestari.
Zulhijjah 1446H, Jun 2025


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti kini dipenuhi Pensyarah, Namun Ketandusan Sarjana.

Oleh Fikir Lestari  ( berbantu AI ) Sekali imbas, istilah pensyarah universiti dan sarjana kelihatan seolah-olah merujuk kepada golongan yang sama. Namun, kedua-duanya sebenarnya merujuk kepada orientasi yang sangat berbeza terhadap ilmu, autoriti, dan tujuan intelektual. Seorang pensyarah universiti pada asasnya ialah satu peranan dalam sesebuah institusi . Identitinya ditentukan oleh pelantikan, beban tugas, dan akauntabiliti pentadbiran. Jam pengajaran, hasil pembelajaran, rubrik penilaian, petunjuk prestasi utama, serta pematuhan kepada kerangka institusi membentuk kehidupan intelektual harian seorang pensyarah. Ilmu, dalam konteks ini, difahami sebagai sesuatu yang perlu disampaikan, distrukturkan, dan diukur . Autoriti pensyarah tidak banyak bergantung pada kedalaman kefahaman, tetapi pada kelayakan formal, pemilikan silibus, dan keselarasan dengan kurikulum yang diluluskan. Malah penyelidikan pun semakin bersifat instrumental, dinilai melalui bilangan penerbitan, indeks s...

EMPAT - PRINSIP PETER: SARJANA PRODUKTIF TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI PEMIMPIN UNIVERSITI YANG BAIK

R udy adalah seorang tukang kasut yang pandai. Kasut buatannya menjadi idaman orang ramai. Cara jahitannya, cara potongannya, menghasilkan kasut yang mahal harganya kerana digemari orang seluruh negeri. Kepandaiannya telah sampai ke telinga Anuar, seorang ahli perniagaan yang berhasrat  memperolehi keuntungan dari kemahiran Rudy. Dia berhasrat melaburkan wang untuk membina sebuah bengkel berkelengkapan moden untuk Rudy. Dengan cara ini akan lebih banyak kasut jenama Rudy dapat dijual. Kalau Rudy biasanya membuat sepuluh pasang kasut sebulan, dengan mesin di bengkel yang akan dibina, maka beratus-ratus pasang kasut Rudy akan dapat dibuat sebulan. Kalau keuntungan dibahagi dua dengan Rudy pun, Anuar mencongak, Rudy masih akan mendapat pendapatan berkali ganda. Manakala Anuar sendiri akan memperoleh keuntungan dari pelaburannya. Setelah bengkel dibina, Rudy diberi tugas sebagai ketua pengeluaran yang akan mengawal kualiti dan melonjakkan kuantiti pengeluaran kasut bengkel itu. Dia tid...

Kesan Budaya Penyelidikan Universiti Masakini Terhadap Kreativiti, Inovasi dan Kualiti Akademik

1. Pengenalan Dalam dua dekad terakhir, budaya penyelidikan global telah berubah dengan ketara akibat tekanan metrik yang melampau seperti publish or perish , faktor impak, penarafan universiti dan penilaian berasaskan kuantiti penerbitan. Walaupun pendekatan ini sering digambarkan sebagai kemajuan ke arah ketelitian saintifik, perubahan ini sebenarnya mencerminkan pengaruh semakin kuat daripada positivisme dan reduksionisme. Positivisme, yang cenderung menganggap pengetahuan hanya sah apabila ia dapat diukur dan dibuktikan secara empirikal, dan reduksionisme, yang memecahkan fenomena kompleks kepada unit-unit kecil yang terasing daripada konteksnya, telah membentuk bukan sahaja cara penyelidikan dijalankan, tetapi juga menentukan siapa yang mampu bertahan dalam dunia akademik (Broadbent, 2002). Esei ini berhujah bahawa budaya penyelidikan yang sangat positivistik dan reduksionis mewujudkan ekosistem akademik yang kurang mendorong kreativiti, rendah keupayaan inovasi dan lebih mengutam...

Siapa yang Membaca Kertas Akademik di Wall Street?

 Oleh Fikir Lestari. Dalam satu temu bual YouTube di saluran Jonathan B., Jim O’Shaughnessy (4th January) ditanya tentang hubungan antara berfikir dan bertindak—tentang sama ada kerja intelektual masih mempunyai makna dalam dunia yang digerakkan oleh pelaksanaan, kelajuan, dan pasaran. Pada satu ketika, hampir secara bersahaja, beliau melontarkan satu soalan yang amat menusuk: “Siapa yang membaca kertas akademik di Wall Street?” Ungkapan ini tidak hadir sebagai provokasi kosong, tetapi sebagai satu diagnosis. Ia merangkumkan, dalam satu ayat, jurang yang semakin melebar antara penyelidikan akademik dan dunia nyata yang suatu ketika dahulu cuba difahaminya. Universiti tidak sentiasa menjadi institusi yang terpisah. Dalam sejarah, kesarjanaan lahir daripada masalah kehidupan sebenar—perdagangan, perubatan, undang-undang, tadbir urus, seni bina, dan pertanian. Ilmu berkembang secara perlahan, namun bersifat telap. Idea meresap ke dalam amalan, dan amalan pula membentuk semula teori. S...

Universiti dalam Dua Cengkaman Foucauldian: Analisis Panopticon dan Episteme dari Lensa Desilo.

Universiti sepatutnya menjadi antara ruang paling bebas untuk manusia berfikir. Di sinilah sesuatu yang dianggap benar boleh dipersoalkan, idea yang ganjil diberikan ruang, kegagalan intelektual dibenarkan, dan ilmu diterokai tanpa mengetahui terlebih dahulu apakah hasil akhirnya. Namun terdapat suatu paradoks dalam universiti kontemporari: semakin banyak mekanisme diwujudkan untuk menjamin “kualiti”, “kecemerlangan”, “akauntabiliti” dan “prestasi”, semakin kuat pula keluhan bahawa kehidupan akademik telah dibebani pengukuran, audit dan pentadbiran. Michel Foucault memberikan dua kerangka yang berguna untuk memahami paradoks ini. Yang pertama ialah Panopticon, yang membantu kita memahami bagaimana kuasa mendisiplinkan manusia melalui pengawasan. Yang kedua ialah episteme, yang lebih mendasar: bagaimana sesuatu zaman menentukan syarat-syarat yang membolehkan sesuatu diterima sebagai pengetahuan (Foucault, 1970, 1977). Dari perspektif Desilo, kedua-duanya boleh dibaca sebagai dua tangan ...