S uatu hari, pihak pemerintah berhasrat untuk meningkatkan tahap kecekapan balai bomba seluruh negeri, maka suatu pertandingan kecekapan memadam api telah diadakan. Alkisah sebuah balai bomba yang sentiasa dianugerahkan sebagai balai bomba terbaik negeri, mula menyiapkan diri untuk memenangi pertandingan itu. Maka setiap hari latihan diadakan untuk menyiapkan anggota balai itu agar dapat mendapat tempat pertama. Semasa hari pertandingan, seluruh anggota dan peralatan kelengkapan di bawa ke tempat pertandingan yang diadakan diluar kawasan, maka kosonglah balai bomba tersebut. Ditakdirkan pada hari yang sama, terjadi kebakaran di sebuah bangunan berhampiran dengan balai tersebut, maka rakyat pun menghubungi balai bomba tersebut untuk membuat laporan. Namun oleh kerana kesemua anggota dan kelengkapan sedang berada di tempat pertandingan, maka tiada siapa yang dapat pergi memadamkan kebakaran itu. Akhirnya bangunan tersebut tidak dapat diselamatkan. Kisah yang mustahil ini hanyalah rekaan,...
Kumpulan esei meneroka kemelut ilmu dan ilmuwan universiti, akibat dari ketagihan reduksionisme dan ketaksuban saintisme dalam pemikiran moden.