Oleh Fikir Lestari Faiz diterima bekerja sebagai pembantu chef di sebuah restoran yang terkenal. Nama restoran itu besar, dapurnya tersusun rapi, dan setiap hidangan keluar mengikut piawaian yang telah diuji berpuluh kali. Di dinding dapur tergantung buku resipi tebal—lengkap dengan sukatan, masa, dan langkah yang tidak boleh disimpang. Tugas Faiz mudah: ikut resipi, jangan bertanya terlalu banyak, dan pastikan setiap pinggan rasa sama seperti semalam. Pada awalnya, Faiz cemerlang. Masakannya kemas, konsisten, dan pelanggan jarang merungut. Pengurusan gembira. Statistik jualan stabil. Dari sudut prestasi, Faiz ialah tukang masak yang baik. Tetapi perlahan-lahan, satu kegelisahan muncul. Faiz sedar bahawa dia boleh memasak makanan yang baik, tetapi dia belum tentu menjadi seorang tukang masak yang baik. Dia tahu resipi, tetapi tidak tahu kenapa resipi itu wujud begitu. Dia tahu sukatan, tetapi tidak memahami bahan. Dia tahu masa, tetapi tidak peka terhadap perubahan cuaca, kesegar...
Kumpulan esei meneroka kemelut ilmu dan ilmuwan universiti, akibat dari ketagihan reduksionisme dan ketaksuban saintisme dalam pemikiran moden.