Langkau ke kandungan utama

Catatan

LAPAN-TUKUL BESI DAN PAKU: SAINTISME MENJADI ANUTAN ILMUAN MODEN.

Ada suatu peribahasa sejagat yang mengatakan, jika seseorang itu memegang tukul, segala yang dilihatnya seumpama paku. Ini bermaksud, kecenderungan seseorang untuk melihat dan menyelesaikan masalah hanya dengan cara yang dia biasa faham dan gunakan, walaupun ada kalanya cara itu tidak sesuai. Bayangkan seorang anak melihat ayahnya menggunakan tukul untuk memaku papan dinding. Teruja, dia turut ingin mencuba membuat perkara yang sama. Suatu hari apabila dia melihat ibunya sedang menyucuk jarum kedalam langsir tebal yang hendak dijahitnya, lalu sianak terus mengambil tukul dan mengetuk jarum agar lebih senang masuk ke dalam jahitan. Tentunya jarum boleh patah, bahkan mungkin jari ibunya akan cedera. Bagi si anak, jarum dan paku tiada bezanya. Bunyinya mungkin lucu, atau mustahil, tetapi hakikat inilah yang sedang dialami dalam pengurusan ilmu di universiti di negara ini. Ini menjadi masalah apabila alat atau cara untuk melaksanakan sesuatu, diambil dari pada cara yang biasa digunakan ole...

TUJUH-KPI MENYEMPITKAN KESARJANAAN - KISAH TIGA ORANG ANAK

A da seorang tua, yang mempunyai tiga orang anak lelaki. Dia berharap semua anak lelakinya membesar menjadi orang yang berguna. Setelah mereka mencapai dewasa, dia berkata kepada mereka "Pergilah merantau* selama setahun dan jadilah orang yang berguna". Anak sulung, tanpa banyak soal segera pergi ke dunia dan cuba untuk menimba illmu dan pengetahuan untuk menjadi insan berguna. Anak kedua, teragak-agak dan bertanya kepada ayahnya, "apa maksudnya untuk jadi orang berguna?" Bolehkah ayahnda terangkan dengan lebih jelas? Ayahnya berkata, "Pergi cari seribu orang miskin". Jadi dia pergi untuk mencari orang miskin yang memerlukan. Anak ketiga masih berfikir, dan berkata, "Saya perlu panduan yang lebih jelas." Bagaimanakah caranya saya dapat membantu orang miskin? Ayahnya berkata, "Jika kamu mempunyai kekayaan, kamu boleh membantu orang miskin". "Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari kekayaan" Jadi, anak lelaki ketiga pun ...

ENAM - GAJAH DAN ORANG ORANG BUTA: PENUMPULAN KETAJAMAN ILMIAH

  (Penafian: Artikel ini tidak bermaksud merendahkan orang buta. Kisah ini telah lama ada dalam sastera dunia. Ia bertujuan menjadi tamsil tentang kerancuan ilmu akibat kecenderungan fahaman reduksionisme, suatu tabiat pemikiran moden yang kini menguasai keilmuan negara) S ekumpulan lelaki buta mendengar bahawa seekor haiwan aneh, yang dipanggil gajah, telah dibawa ke bandar, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang mengetahui bentuk dan rupanya. Dari rasa ingin tahu, mereka berkata: "Kita mesti memeriksa dan mengenalinya dengan sentuhan, itu yang kita mampu lakukan". Jadi, apabila dibawakan seekor gajah ke hadapan mereka, mereka meraba-raba keseluruhan tubuh badan gajah itu. Orang pertama, yang tangannya memegang belalainya, berkata, "Makhluk ini seperti ular besar". Bagi yang lain yang tangannya menyentuh telinganya, ia seolah-olah sejenis kipas. Bagi orang lain, yang tangannya berada pada kakinya, berkata, gajah itu adalah tiang seperti batang pokok. Orang b...

LIMA - MENTERNAK ULAR TEDUNG: HILANGNYA HAKIKAT ILMU DI UNIVERSITI

D iceritakan semasa di zaman pemerintahan British di India, ada sebuah kampung yang penduduknya sering terancam dengan serangan ular tedung. Maka pemerintah Britishpun menawarkan, iaitu sesiapa yang berjaya menangkap ular tedung, akan diberikan ganjaran wang. Maka ramailah orang yang menangkap ular tedung untuk mendapat ganjaran. Oleh kerana sifat tamak, ada yang mengambil jalan tidak jujur dengan menternak ular tedung demi untuk mendapatkan wang. Apabila ganjaran dihentikan, ular yang diternak dilepaskan kerana tiada keuntungan memeliharanya. Akhirnya keadaan menjadi lebih buruk kepada kampung tersebut. Apabila manusia dijanjikan ganjaran duniawi untuk sesuatu perkara yang penting, maka matlamat sebenar sesuatu usaha akan terpinggir, sebaliknya yang menjadi matlamat baharu ialah ganjaran yang dijanjikan. Kalau matlamat asal menangkap ular tedung di dalam cerita ini ialah untuk menjamin keselamatan penduduk kampung, namun setelah dijanjikan ganjaran, sifat tamak manusia akan menjadikan...

EMPAT - PRINSIP PETER: SARJANA PRODUKTIF TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI PEMIMPIN UNIVERSITI YANG BAIK

R udy adalah seorang tukang kasut yang pandai. Kasut buatannya menjadi idaman orang ramai. Cara jahitannya, cara potongannya, menghasilkan kasut yang mahal harganya kerana digemari orang seluruh negeri. Kepandaiannya telah sampai ke telinga Anuar, seorang ahli perniagaan yang berhasrat  memperolehi keuntungan dari kemahiran Rudy. Dia berhasrat melaburkan wang untuk membina sebuah bengkel berkelengkapan moden untuk Rudy. Dengan cara ini akan lebih banyak kasut jenama Rudy dapat dijual. Kalau Rudy biasanya membuat sepuluh pasang kasut sebulan, dengan mesin di bengkel yang akan dibina, maka beratus-ratus pasang kasut Rudy akan dapat dibuat sebulan. Kalau keuntungan dibahagi dua dengan Rudy pun, Anuar mencongak, Rudy masih akan mendapat pendapatan berkali ganda. Manakala Anuar sendiri akan memperoleh keuntungan dari pelaburannya. Setelah bengkel dibina, Rudy diberi tugas sebagai ketua pengeluaran yang akan mengawal kualiti dan melonjakkan kuantiti pengeluaran kasut bengkel itu. Dia tid...

TIGA --GEJALA PEMIKIRAN SILO: KEBANJIRAN PEMIKIR CETEK MENJADI ILMUWAN UNIVERSITI

Sumber foto: Chatbot AI S eorang pemuda terlihat suatu iklan jawatan kosong yang memerlukan seorang adiguru kayu yang hebat bagi sebuah kilang yang  menghasilkan perabut kayu. Gajinya agak Lumayan. Walaupun terdesak, dia terpaksa melepaskan peluang tersebut kerana dia sebenarnya tidak punya sebarang kemahiran bertukang kayu. Dia terus berjalan lalu terjumpa pula suatu iklan yang memerlukan seorang penggergaji kayu bagi sebuah kilang. Lalu dia berfikir, tidaklah sesusah mana kalau setakat menggergaji kayu. Kalau tidak biasapun, dia boleh jadi pandai kalau setiap hari buat perkara yang sama. Maka dia pun masuk memohon jawatan tersebut. Maka diterimalah dia sebagai seorang tukang gergaji kayu di kilang tersebut. Rupanya ia adalah kilang yang sama yang memerlukan seorang adiguru kayu tadi. Tidak lama kemudian ada seorang lain yang turut masuk bekerja di kilang tersebut. Rupanya dia mengisi jawatan sebagai tukang rawat kayu. Keesokannya seorang lagi menyertai kilang tersebut. Bila ditan...

DUA- ROSAKNYA SISTEM PANDU ARAH NEGARA

Hilangnya kompas kapal Seandainya negara adalah sebuah kapal, maka universiti dan ilmuwan adalah sistem navigasinya. Ilmuwan dan Universiti adalah kompasnya, GPSnya. Ia membantu nakhoda membuat pilihan yang terbaik agar kapal sampai ke destinasi. Namun hari ini sistem ini telah rosak. Ia tidak lagi dapat membantu nakhoda memilih arah yang betul. Maka kemungkinan kapal akan belayar ke laut lepas, atau meredahi karang berbahaya yang akhirnya mengakibatkan bencana. Dahulukala, ilmuwan universiti memberi panduan kepada pemimpin, untuk membuat keputusan yang betul, agar negara menuju kesejahteraan. Ilmuwan dengan kebijaksanaannya, mendidik negara bahkan masyarakat tentang apakah cabaran yang dihadapi, dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya. Mereka memberi pencerahan tentang sistem ekonomi terbaik, kaedah pendidikan terpintar, teknik dan teknologi pengeluaran yang tercekap. Mereka mengajar pemimpin tentang sejarah silam dan apakah cara mengelak tragedi sama berulang. Mereka memberi tanda-t...