Langkau ke kandungan utama

DUA- ROSAKNYA SISTEM PANDU ARAH NEGARA

Hilangnya kompas kapal

Seandainya negara adalah sebuah kapal, maka universiti dan ilmuwan adalah sistem navigasinya. Ilmuwan dan Universiti adalah kompasnya, GPSnya. Ia membantu nakhoda membuat pilihan yang terbaik agar kapal sampai ke destinasi. Namun hari ini sistem ini telah rosak. Ia tidak lagi dapat membantu nakhoda memilih arah yang betul. Maka kemungkinan kapal akan belayar ke laut lepas, atau meredahi karang berbahaya yang akhirnya mengakibatkan bencana.

Dahulukala, ilmuwan universiti memberi panduan kepada pemimpin, untuk membuat keputusan yang betul, agar negara menuju kesejahteraan. Ilmuwan dengan kebijaksanaannya, mendidik negara bahkan masyarakat tentang apakah cabaran yang dihadapi, dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya. Mereka memberi pencerahan tentang sistem ekonomi terbaik, kaedah pendidikan terpintar, teknik dan teknologi pengeluaran yang tercekap. Mereka mengajar pemimpin tentang sejarah silam dan apakah cara mengelak tragedi sama berulang. Mereka memberi tanda-tanda tentang bakal berlakunya suatu gejala masyarakat, maka sang permerintah boleh bersiaga. Mereka juga memberi pencerahan tentang akidah dan kepercayaan yang benar. Kerana ini mereka dihormati dan disanjungi. Diberi kemuliaan dan kehormatan.

Namun pada masa yang sama, mereka juga bersifat pahlawan dalam menegakkan kebenaran. Kemewahan yang dijanjikan tidak sedikit pun melunturkan semangat mereka untuk menegakkan yang benar dan meruntuhkan yang batil. Pernah terjadi, di awal zaman, Sang ilmuwan ditindas kerana tidak mahu beganjak dari memberi pendapat yang benar. Ada yang dipenjara, disiksa, bahkan dibunuh kerana tidak memberi kerjasama mengangkat kehendak buas sang raja. Imam Abu hanifah dipenjara dan disiksa oleh Al Mansur kerana menolak tugas menjadi hakim negara.* Imam Malik bin Anas (711-765M) telah disebat oleh Khalifah Abbasiyah kerana mengeluarkan fatwa yang berlawanan dengan polisi Khalifah.

Oleh kerana semangat juang dan keluhuran niat sebegini, tamadun awal Islam mampu mengatasi cabaran dunia. Akidah dan Syariat Islam kekal sehingga ke hari ini. Sang Ilmuwanlah kuasa yang mampu memberi cabaran dan teguran kepada penguasa.

Namun kini yang sebaliknya terjadi. Penguasa pada hari ini yang akan memberikan kata putus, tentang apa yang dingininya. tentang apa yang harus diberi keutamaan. Ilmuwan tugasnya hanya membantu mencapai apa jua hasrat sang pemerintah. Untuk itu mereka akan diberi wang dan sumber. Segala penerokaan ilmu harus menurut apa yang dihajati oleh sang raja. Seandainya mereka patuh pada kehendak, maka mereka akan diberi penghormatan dan kemewahan, sebaliknya andai mereka berkata lain dari matlamat yang dihajati, mereka akan disingkir, dibuang bahkan dihukum.

Lihat sahaja sistem universiti moden. Ia dikawal dari pusat pemerintahan, ditadbir urus oleh sang menteri yang matlamatnya hanya satu, kelansungan politik dan jawatan. Mereka amat prihatin untuk menunjukkan kecemerlangan. Oleh itu beberapa petanda ukuran harus dicipta untuk menunjukkan mereka layak menjadi pentaddir, jawatan yang lumayan. Maka Ilmu dikawal ketat oleh penguasa. Kononya, atas dasar kemaslahatan negara. Namun yang penting ialah universiti mesti mempamerkan kecemerlangan dibawah pengurusan dan kawalan mereka.

Ilmuwan tidak dibenar membuat penerokaan sesuka hati. Hanya usaha penerokaan ilmu dalam bidang yang boleh menampakkan impak kepada 'kemakmuran' negara dibenarkan. Perkara yang salah dan sesat dalam masyarakat jangan diusik, terutamanya yang menggambarkan kelemahan pentadbiran  sang penguasa.

Dan bezanya sang ilmuwan hari ini, ialah mereka begitu cemas untuk mematuhi arahan dasar, visi dan matlamat yang telah digubal sang pemerintah. Mereka begitu patuh sehingga setiap perkataan yang diajar kepada murid dipersetujui dan dibenarkan oleh sistem dan prosedur. Sistem dan Prosedur pula semakin hari semakin bertambah datangnya dari penguasa sendiri.

Kalau dahulu, ilmuwan dikenal kerana pengorbanannya menentang kezaliman dan kebatilan. Hari ini sang imuwan dikenal berdasarkan habuan yang diperolehinya dari sang penguasa. Semakin makmur hidupnya dengan imbuhan lumayan, dengan gelaran dan kemewahan diiktiraf negara, semakin dianggap tinggi ilmunya.

Maka janganlah ada yang berasa hairan, hari ini seandainya kapal yang dikemudi sentiasa tersasar dari pelabuhan dan sering dilanda ribut dan gelora.


*Imam Abu Hanifah (699-767M) menolak untuk menjadi hakim, kerana dia sedar akan tujuan Al mansur, iaitu mendapatkan sokongan rakyat kepada pemerintahannya. Beliau ingin memberi pendapatnya secara jujur dan adil. Dan sedar bahawa Al Mansur mungkin akan memberi tekanan kepadanya untuk mewartakan sesuatu kebatilan sebagai kebenaran demi kelansungan politik Al Mansur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti kini dipenuhi Pensyarah, Namun Ketandusan Sarjana.

Oleh Fikir Lestari  ( berbantu AI ) Sekali imbas, istilah pensyarah universiti dan sarjana kelihatan seolah-olah merujuk kepada golongan yang sama. Namun, kedua-duanya sebenarnya merujuk kepada orientasi yang sangat berbeza terhadap ilmu, autoriti, dan tujuan intelektual. Seorang pensyarah universiti pada asasnya ialah satu peranan dalam sesebuah institusi . Identitinya ditentukan oleh pelantikan, beban tugas, dan akauntabiliti pentadbiran. Jam pengajaran, hasil pembelajaran, rubrik penilaian, petunjuk prestasi utama, serta pematuhan kepada kerangka institusi membentuk kehidupan intelektual harian seorang pensyarah. Ilmu, dalam konteks ini, difahami sebagai sesuatu yang perlu disampaikan, distrukturkan, dan diukur . Autoriti pensyarah tidak banyak bergantung pada kedalaman kefahaman, tetapi pada kelayakan formal, pemilikan silibus, dan keselarasan dengan kurikulum yang diluluskan. Malah penyelidikan pun semakin bersifat instrumental, dinilai melalui bilangan penerbitan, indeks s...

EMPAT - PRINSIP PETER: SARJANA PRODUKTIF TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI PEMIMPIN UNIVERSITI YANG BAIK

R udy adalah seorang tukang kasut yang pandai. Kasut buatannya menjadi idaman orang ramai. Cara jahitannya, cara potongannya, menghasilkan kasut yang mahal harganya kerana digemari orang seluruh negeri. Kepandaiannya telah sampai ke telinga Anuar, seorang ahli perniagaan yang berhasrat  memperolehi keuntungan dari kemahiran Rudy. Dia berhasrat melaburkan wang untuk membina sebuah bengkel berkelengkapan moden untuk Rudy. Dengan cara ini akan lebih banyak kasut jenama Rudy dapat dijual. Kalau Rudy biasanya membuat sepuluh pasang kasut sebulan, dengan mesin di bengkel yang akan dibina, maka beratus-ratus pasang kasut Rudy akan dapat dibuat sebulan. Kalau keuntungan dibahagi dua dengan Rudy pun, Anuar mencongak, Rudy masih akan mendapat pendapatan berkali ganda. Manakala Anuar sendiri akan memperoleh keuntungan dari pelaburannya. Setelah bengkel dibina, Rudy diberi tugas sebagai ketua pengeluaran yang akan mengawal kualiti dan melonjakkan kuantiti pengeluaran kasut bengkel itu. Dia tid...

Kesan Budaya Penyelidikan Universiti Masakini Terhadap Kreativiti, Inovasi dan Kualiti Akademik

1. Pengenalan Dalam dua dekad terakhir, budaya penyelidikan global telah berubah dengan ketara akibat tekanan metrik yang melampau seperti publish or perish , faktor impak, penarafan universiti dan penilaian berasaskan kuantiti penerbitan. Walaupun pendekatan ini sering digambarkan sebagai kemajuan ke arah ketelitian saintifik, perubahan ini sebenarnya mencerminkan pengaruh semakin kuat daripada positivisme dan reduksionisme. Positivisme, yang cenderung menganggap pengetahuan hanya sah apabila ia dapat diukur dan dibuktikan secara empirikal, dan reduksionisme, yang memecahkan fenomena kompleks kepada unit-unit kecil yang terasing daripada konteksnya, telah membentuk bukan sahaja cara penyelidikan dijalankan, tetapi juga menentukan siapa yang mampu bertahan dalam dunia akademik (Broadbent, 2002). Esei ini berhujah bahawa budaya penyelidikan yang sangat positivistik dan reduksionis mewujudkan ekosistem akademik yang kurang mendorong kreativiti, rendah keupayaan inovasi dan lebih mengutam...

Siapa yang Membaca Kertas Akademik di Wall Street?

 Oleh Fikir Lestari. Dalam satu temu bual YouTube di saluran Jonathan B., Jim O’Shaughnessy (4th January) ditanya tentang hubungan antara berfikir dan bertindak—tentang sama ada kerja intelektual masih mempunyai makna dalam dunia yang digerakkan oleh pelaksanaan, kelajuan, dan pasaran. Pada satu ketika, hampir secara bersahaja, beliau melontarkan satu soalan yang amat menusuk: “Siapa yang membaca kertas akademik di Wall Street?” Ungkapan ini tidak hadir sebagai provokasi kosong, tetapi sebagai satu diagnosis. Ia merangkumkan, dalam satu ayat, jurang yang semakin melebar antara penyelidikan akademik dan dunia nyata yang suatu ketika dahulu cuba difahaminya. Universiti tidak sentiasa menjadi institusi yang terpisah. Dalam sejarah, kesarjanaan lahir daripada masalah kehidupan sebenar—perdagangan, perubatan, undang-undang, tadbir urus, seni bina, dan pertanian. Ilmu berkembang secara perlahan, namun bersifat telap. Idea meresap ke dalam amalan, dan amalan pula membentuk semula teori. S...

TIGABELAS: RESIPI LAPUK, RESTORAN MEWAH, DAN KETANDUSAN RASA DALAM UNIVERSITI

  Oleh Fikir Lestari Faiz diterima bekerja sebagai pembantu chef di sebuah restoran yang terkenal. Nama restoran itu besar, dapurnya tersusun rapi, dan setiap hidangan keluar mengikut piawaian yang telah diuji berpuluh kali. Di dinding dapur tergantung buku resipi tebal—lengkap dengan sukatan, masa, dan langkah yang tidak boleh disimpang. Tugas Faiz mudah: ikut resipi, jangan bertanya terlalu banyak, dan pastikan setiap pinggan rasa sama seperti semalam. Pada awalnya, Faiz cemerlang. Masakannya kemas, konsisten, dan pelanggan jarang merungut. Pengurusan gembira. Statistik jualan stabil. Dari sudut prestasi, Faiz ialah tukang masak yang baik. Tetapi perlahan-lahan, satu kegelisahan muncul. Faiz sedar bahawa dia boleh memasak makanan yang baik, tetapi dia belum tentu menjadi seorang tukang masak yang baik. Dia tahu resipi, tetapi tidak tahu kenapa resipi itu wujud begitu. Dia tahu sukatan, tetapi tidak memahami bahan. Dia tahu masa, tetapi tidak peka terhadap perubahan cuaca, kesegar...