Langkau ke kandungan utama

TUJUH-KPI MENYEMPITKAN KESARJANAAN - KISAH TIGA ORANG ANAK

Ada seorang tua, yang mempunyai tiga orang anak lelaki. Dia berharap semua anak lelakinya membesar menjadi orang yang berguna. Setelah mereka mencapai dewasa, dia berkata kepada mereka "Pergilah merantau* selama setahun dan jadilah orang yang berguna".

Anak sulung, tanpa banyak soal segera pergi ke dunia dan cuba untuk menimba illmu dan pengetahuan untuk menjadi insan berguna.

Anak kedua, teragak-agak dan bertanya kepada ayahnya, "apa maksudnya untuk jadi orang berguna?" Bolehkah ayahnda terangkan dengan lebih jelas? Ayahnya berkata, "Pergi cari seribu orang miskin". Jadi dia pergi untuk mencari orang miskin yang memerlukan.

Anak ketiga masih berfikir, dan berkata, "Saya perlu panduan yang lebih jelas." Bagaimanakah caranya saya dapat membantu orang miskin? Ayahnya berkata, "Jika kamu mempunyai kekayaan, kamu boleh membantu orang miskin".

"Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari kekayaan" Jadi, anak lelaki ketiga pun pergi untuk mencari kekayaan.

Selepas setahun, ketiga-tiga mereka pulang. Sang ayah berkata, "sekarang beritahu saya apa yang telah kalian lakukan".

Anak sulung berkata, "Saya pergi ke sebuah kampung, orang-orang di situ tidak tahu membaca, jadi saya mengajar mereka membaca. Orang miskin di kampung itu tidak mempunyai makanan yang cukup. Jadi saya memujuk orang kaya untuk membantu orang miskin. Ada sekali saya menemui seekor keldai terperangkap dalam lumpur, saya menggunakan semua kekuatan saya untuk menariknya keluar".

Mendengar cerita anak sulungya itu, sang ayah tersenyum dan berkata, "Kamu telah menjadi orang berguna."

Anak kedua menjelaskan. "Ayahnda menyuruh saya mencari orang miskin." Saya pergi berkelana, dari bandar ke bandar, mencari orang miskin. Di mana sahaja saya menjumpai mereka, saya mencatat nama dan alamat mereka. Sekarang saya mempunyai di tangan saya, nama-nama seribu orang miskin dan di mana untuk mencarinya.

Bapanya berkata, "Ya, kamu berjaya menemui orang-orang miskin, bagus, tetapi adakah kamu berguna kepada mereka?" Dengan rasa malu, anak itu berkata, "tidak juga, saya sibuk mencari dan mengumpul nama dan alamat mereka. Yalah, seperti yang ayah arahkan"

Anak ketiga menceritakan kisahnya, "Seperti yang ayah arahkan, saya berkelana mencari kekayaan. Saya pergi ke sebuah kampung, mereka berkata ada lombong emas di tanah itu tetapi perjalanannya jauh, jadi saya mengembara untuk masa yang lama." Akhirnya saya menemui emas itu dan semua emas ini adalah hasil pencarian saya.

Melihat semua emas itu, bapanya bertanya, "Dengan semua emas ini, adakah kamu berguna kepada sesiapa?"

Anak ketiga berkata, "Tidak." Saya belum ada masa lagi. Saya sibuk mencari emas, seperti yang ayahnda arahkan saya untuk mencari kekayaan".

Kita lihat di sini. si anak sulung menjadi seorang yang benar-benar berguna kerana dia tidak pernah menghadkan tafsiran 'orang berguna'. Dia sendiri dengan akal dan kebijaksanaannya menentukan apakah maksud menjadi 'orang berguna'. Terserah padanya untuk menentukan bagaimana untuk berguna. Dan dia boleh bertindak balas terhadap keperluan yang timbul pada sesuatu masa dengan cepat. Dia juga mempunyai naluri dan timbangrasa dalam menentukan apa yang dimaksudkan dengan berguna.

Anak kedua dan ketiga diberitahu tentang butiran khusus mengenai apa dan bagaimana untuk berguna, terlalu khusus sehingga mereka kehilangan maksud dan hakikat menjadi 'berguna'.

Moral cerita ini adalah, semakin kecil dan khusus arahan kerja yang ditetapkan untuk para ilmuan universiti, semakin besar kemungkinan mereka akan kehilangan pandangan jauh terhadap tujuan utama mereka. Ini dapat dilihat dengan perintah menjalankan arahan menurut KPI (Key Performance Index) yang sangat sempit dan terhad tentang tujuan sebenar keilmuan dan kesarjanaan. 

Tujuan asas ilmuan adalah untuk mendidik dan mensejahterakan masyarakat melalu pemikiran baharu dan kreatif. Memberi mereka kesedaran dalam aspek kehidupan dan ketamadunan. Tetapi kita telah mengehadkan mereka untuk memberi tumpuan kepada perkara yang walaupun penting, namun amat terhad dari segi makna dan kesannya. Contohnya universiti mewajibkan, untuk kenaikan pangkat, supaya mereka menulis kertas ilmiah berkualiti tinggi, menyasarkan penerbitan yang mahal kosnya tanpa memberi manfaat meluas kepada masyarakat, mengumpul geran besar, dan meningkatkan kedudukan universiti dalam permainan ranking, dengan andaian akhirnya mereka akan memenuhi tujuan keseluruhan mereka. Kesemua perkara ini adalah yang diarahkan oleh pihak atasan demi mempamerkan persepsi wibawa kelimuan. Ia tidaklebih dari permainan persepsi.

Tetapi, dengan pendekatan ganjaran untuk mencapai KPI, atau hukuman andainya tidak mencapai KPI, kadang-kadang hanyalah kuantiti KPI sahaja yang menjadi matlamat akhir mereka. Menghasilkan kertas kerja, memperoleh geran dan bermain dengan permainan ranking. Ini seperti anak kedua dan ketiga dalam cerita di atas. Mereka hanya menurut arahan khusus dan hilang maksud sebenar tentang erti 'berguna'.

Bagi para pengurus di pihak atasan, bukti erti kesarjanaan menjadi dangkal, iaitu apabila apabila kedudukan dalam ranking meningkat beberapa tangga, atau bilangan penerbitan berimpak tinggi melonjak tinggi. Sedangkan maksud semua ini kepada dunia nyata di luar sana, buat masa ini, tiada siapa yang dapat menjelaskan.

Ahli akademik, ilmuan atau sarjana, tidak seperti pekerja buruh kasar, mereka menggunakan kebijaksanaan untuk melaksanakan tugas. beritahu mereka tentang matlamat besar, mereka akan mencari cara dan jalan untuk mencapainya. Tetapi jika mereka diberi arahan terperinci tentang apa yang mereka perlu buat, mereka akan menjadi hanya satu alat dalam jentera besar yang dipanggil universiti. Tidak syak lagi mereka akan menggerakkan jentera itu ke hadapan, seperti yang diarahkan, tetapi mereka akan kehilangan arah tujuan, kerana arah tuju telah ditentukan oleh orang lain. Yang mereka tahu hanyalah berpusing dalam paksi masing-masing.

Kesimpulan dari cerita ini, pentadbir, pengurus dan pemimpin universiti, berilah kepercayaan untuk ilmuan berkhidmat mengikut naluri, ilmu, kekuatan dan kecenderungan masing-masing. Jangan jadikan mereka alat untuk mencapai matlamat kuantiti atau persepsi yang dibina oleh pihak lain, seperti permainan ranking universiti yang menjadi matlamat pendidikan tinggi sekarang ini. Jangan anggap mereka tidak punya akal dan kebijksanaan dalam menentukan erti dan maksud ilmu dalam bidang dan kepakaran masing-masing. Jangan jadikan KPI sebagai batu ukur untuk semua, kerana setiap bidang tidak sama, setiap ilmuan tidak sama, setiap masalah dan isu masyarakat tidak sama. Apalagi dalam dunia yang sentiasa berubah dan semakin bercelaru. Ketidaktentuan sebegini tidak akan mampu digarap oleh jentera yang sangat terhad dan sempit matlamatnya.


*Merantau adalah budaya Melayu silam dimana anak lelaki akan berkelana mencari ilmu pengetahuan dan pendapatan yang akan dibawa pulang untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti kini dipenuhi Pensyarah, Namun Ketandusan Sarjana.

Oleh Fikir Lestari  ( berbantu AI ) Sekali imbas, istilah pensyarah universiti dan sarjana kelihatan seolah-olah merujuk kepada golongan yang sama. Namun, kedua-duanya sebenarnya merujuk kepada orientasi yang sangat berbeza terhadap ilmu, autoriti, dan tujuan intelektual. Seorang pensyarah universiti pada asasnya ialah satu peranan dalam sesebuah institusi . Identitinya ditentukan oleh pelantikan, beban tugas, dan akauntabiliti pentadbiran. Jam pengajaran, hasil pembelajaran, rubrik penilaian, petunjuk prestasi utama, serta pematuhan kepada kerangka institusi membentuk kehidupan intelektual harian seorang pensyarah. Ilmu, dalam konteks ini, difahami sebagai sesuatu yang perlu disampaikan, distrukturkan, dan diukur . Autoriti pensyarah tidak banyak bergantung pada kedalaman kefahaman, tetapi pada kelayakan formal, pemilikan silibus, dan keselarasan dengan kurikulum yang diluluskan. Malah penyelidikan pun semakin bersifat instrumental, dinilai melalui bilangan penerbitan, indeks s...

EMPAT - PRINSIP PETER: SARJANA PRODUKTIF TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI PEMIMPIN UNIVERSITI YANG BAIK

R udy adalah seorang tukang kasut yang pandai. Kasut buatannya menjadi idaman orang ramai. Cara jahitannya, cara potongannya, menghasilkan kasut yang mahal harganya kerana digemari orang seluruh negeri. Kepandaiannya telah sampai ke telinga Anuar, seorang ahli perniagaan yang berhasrat  memperolehi keuntungan dari kemahiran Rudy. Dia berhasrat melaburkan wang untuk membina sebuah bengkel berkelengkapan moden untuk Rudy. Dengan cara ini akan lebih banyak kasut jenama Rudy dapat dijual. Kalau Rudy biasanya membuat sepuluh pasang kasut sebulan, dengan mesin di bengkel yang akan dibina, maka beratus-ratus pasang kasut Rudy akan dapat dibuat sebulan. Kalau keuntungan dibahagi dua dengan Rudy pun, Anuar mencongak, Rudy masih akan mendapat pendapatan berkali ganda. Manakala Anuar sendiri akan memperoleh keuntungan dari pelaburannya. Setelah bengkel dibina, Rudy diberi tugas sebagai ketua pengeluaran yang akan mengawal kualiti dan melonjakkan kuantiti pengeluaran kasut bengkel itu. Dia tid...

Kesan Budaya Penyelidikan Universiti Masakini Terhadap Kreativiti, Inovasi dan Kualiti Akademik

1. Pengenalan Dalam dua dekad terakhir, budaya penyelidikan global telah berubah dengan ketara akibat tekanan metrik yang melampau seperti publish or perish , faktor impak, penarafan universiti dan penilaian berasaskan kuantiti penerbitan. Walaupun pendekatan ini sering digambarkan sebagai kemajuan ke arah ketelitian saintifik, perubahan ini sebenarnya mencerminkan pengaruh semakin kuat daripada positivisme dan reduksionisme. Positivisme, yang cenderung menganggap pengetahuan hanya sah apabila ia dapat diukur dan dibuktikan secara empirikal, dan reduksionisme, yang memecahkan fenomena kompleks kepada unit-unit kecil yang terasing daripada konteksnya, telah membentuk bukan sahaja cara penyelidikan dijalankan, tetapi juga menentukan siapa yang mampu bertahan dalam dunia akademik (Broadbent, 2002). Esei ini berhujah bahawa budaya penyelidikan yang sangat positivistik dan reduksionis mewujudkan ekosistem akademik yang kurang mendorong kreativiti, rendah keupayaan inovasi dan lebih mengutam...

Siapa yang Membaca Kertas Akademik di Wall Street?

 Oleh Fikir Lestari. Dalam satu temu bual YouTube di saluran Jonathan B., Jim O’Shaughnessy (4th January) ditanya tentang hubungan antara berfikir dan bertindak—tentang sama ada kerja intelektual masih mempunyai makna dalam dunia yang digerakkan oleh pelaksanaan, kelajuan, dan pasaran. Pada satu ketika, hampir secara bersahaja, beliau melontarkan satu soalan yang amat menusuk: “Siapa yang membaca kertas akademik di Wall Street?” Ungkapan ini tidak hadir sebagai provokasi kosong, tetapi sebagai satu diagnosis. Ia merangkumkan, dalam satu ayat, jurang yang semakin melebar antara penyelidikan akademik dan dunia nyata yang suatu ketika dahulu cuba difahaminya. Universiti tidak sentiasa menjadi institusi yang terpisah. Dalam sejarah, kesarjanaan lahir daripada masalah kehidupan sebenar—perdagangan, perubatan, undang-undang, tadbir urus, seni bina, dan pertanian. Ilmu berkembang secara perlahan, namun bersifat telap. Idea meresap ke dalam amalan, dan amalan pula membentuk semula teori. S...

Universiti dalam Dua Cengkaman Foucauldian: Analisis Panopticon dan Episteme dari Lensa Desilo.

Universiti sepatutnya menjadi antara ruang paling bebas untuk manusia berfikir. Di sinilah sesuatu yang dianggap benar boleh dipersoalkan, idea yang ganjil diberikan ruang, kegagalan intelektual dibenarkan, dan ilmu diterokai tanpa mengetahui terlebih dahulu apakah hasil akhirnya. Namun terdapat suatu paradoks dalam universiti kontemporari: semakin banyak mekanisme diwujudkan untuk menjamin “kualiti”, “kecemerlangan”, “akauntabiliti” dan “prestasi”, semakin kuat pula keluhan bahawa kehidupan akademik telah dibebani pengukuran, audit dan pentadbiran. Michel Foucault memberikan dua kerangka yang berguna untuk memahami paradoks ini. Yang pertama ialah Panopticon, yang membantu kita memahami bagaimana kuasa mendisiplinkan manusia melalui pengawasan. Yang kedua ialah episteme, yang lebih mendasar: bagaimana sesuatu zaman menentukan syarat-syarat yang membolehkan sesuatu diterima sebagai pengetahuan (Foucault, 1970, 1977). Dari perspektif Desilo, kedua-duanya boleh dibaca sebagai dua tangan ...