Langkau ke kandungan utama

Kubah Berkabut di Tebing Tigris (Renungan Bala Jerebu)

 

Dari pagar Kampus, sarjana tua berdiri memerhati, kabut asap menyelimuti kota, ibarat nafas sang naga keluar dari bumi, membaham pohon dan margasatwa. Setiap marhaen sesak dada. Disebalik gunung, alam disiksa, api menyala. Lantaran nafsu manusia yang dambakan untung. Sarjana tua berasa letih.

Dia berpaling ke kampus, melihat menara moden nan megah, menyimpan ilmu setinggi gunung. Dinding tembus pandang kaca berkilat, tercalar dek kabut akal. Dia bertanya, dimanakah rakan-rakanku yang bijaksana? Mengapa kabus terus menyelimuti alam? mengapa sang naga terus mendengus? Di manakah senjata akal gedung ilmu? Dimanakah pahlawan tinta yang mampu mengajar naga? mengapa ini terus berlaku?

Dia tersentak, sebuah mercedes mewah profesor unggul, meluncur laju disebelahnya, keluar meninggalkan kampus. Mungkin dia ingin lari dari kabut kampus, mungkin ingin lari dari ditanya. Entahkan bergegas ke lapangan terbang untuk bercuti keluar negara bersama keluarga, mencari langit biru tanpa noda.

Dia kembali merenung ke menara megah ditengah kampus, dimana ilmu turunan wahyu? Dimana kah ilmuwan pewaris hikmah? keluarkanlah kami dari kabut menyesakkan ini.

Tiba2 kabut menipis, menara pustaka diganti kubah silam. Dia seakan sedang menyaksikan mahligai hikmah dari masa silam, berkurun yang lalu. Dia mengerti, itulah gedung ilmu leluhur ribuan sarjana. Namun, saat semakin menipis kabut, dia kini jelas melihat, tentera berbaju besi, memunggah keluar ratusan buku, lalu dihumban ke sungai Tigris, air jernih menjadi hitam. Diwarnai dakwat ilmu sarjana dahulu.

Itulah Baghdad, berkurun yang lalu, dipuncak ilmu, ditimbun emas, dipuncak kemewahan, sedang diganyang tentera dari timur. Darah mengalir ibarat air selepas hujan, bercampur tinta hitam di sungai Tigris. Ilmu dan hikmah telah lama pergi, yang tinggal hanya gunungan kitab, kertas berjilid kulit bertatah emas.

Matanya menusuri tebing sungai. Dia terlihat, barisan sarjana berteleku di tepi parit. Satu demi satu, kepala dicerai dari badan, dibawah arahan Noyan, panglima Hulagu yang bengis tiada peri.

Kabus mereda, menara moden pustaka kampus kembali menjelma. Dia kini memahami. Kabus dan kabut ibarat tentera Hulagu, Sang Kapitalis yang menyerang gedung ilmu. Ibarat sejarah Baghdad, makna dan hikmah telah lama pergi, hanya tinggal simbol ilmu ditayang megah. Ribuan data mengganti tinta, timbunan nukilan sarjana lapar, mengejar imbuhan bukan peranan. Dia melangkah lesu, meninggalkan kampus yang dibungkus kabus nafsu kapitalis. Mungkin inilah keakhiran, zaman emas yang penuh kabut, penuh fatamorgana, penuh kegelapan.

Fikir Lestari

2026




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti kini dipenuhi Pensyarah, Namun Ketandusan Sarjana.

Oleh Fikir Lestari  ( berbantu AI ) Sekali imbas, istilah pensyarah universiti dan sarjana kelihatan seolah-olah merujuk kepada golongan yang sama. Namun, kedua-duanya sebenarnya merujuk kepada orientasi yang sangat berbeza terhadap ilmu, autoriti, dan tujuan intelektual. Seorang pensyarah universiti pada asasnya ialah satu peranan dalam sesebuah institusi . Identitinya ditentukan oleh pelantikan, beban tugas, dan akauntabiliti pentadbiran. Jam pengajaran, hasil pembelajaran, rubrik penilaian, petunjuk prestasi utama, serta pematuhan kepada kerangka institusi membentuk kehidupan intelektual harian seorang pensyarah. Ilmu, dalam konteks ini, difahami sebagai sesuatu yang perlu disampaikan, distrukturkan, dan diukur . Autoriti pensyarah tidak banyak bergantung pada kedalaman kefahaman, tetapi pada kelayakan formal, pemilikan silibus, dan keselarasan dengan kurikulum yang diluluskan. Malah penyelidikan pun semakin bersifat instrumental, dinilai melalui bilangan penerbitan, indeks s...

EMPAT - PRINSIP PETER: SARJANA PRODUKTIF TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI PEMIMPIN UNIVERSITI YANG BAIK

R udy adalah seorang tukang kasut yang pandai. Kasut buatannya menjadi idaman orang ramai. Cara jahitannya, cara potongannya, menghasilkan kasut yang mahal harganya kerana digemari orang seluruh negeri. Kepandaiannya telah sampai ke telinga Anuar, seorang ahli perniagaan yang berhasrat  memperolehi keuntungan dari kemahiran Rudy. Dia berhasrat melaburkan wang untuk membina sebuah bengkel berkelengkapan moden untuk Rudy. Dengan cara ini akan lebih banyak kasut jenama Rudy dapat dijual. Kalau Rudy biasanya membuat sepuluh pasang kasut sebulan, dengan mesin di bengkel yang akan dibina, maka beratus-ratus pasang kasut Rudy akan dapat dibuat sebulan. Kalau keuntungan dibahagi dua dengan Rudy pun, Anuar mencongak, Rudy masih akan mendapat pendapatan berkali ganda. Manakala Anuar sendiri akan memperoleh keuntungan dari pelaburannya. Setelah bengkel dibina, Rudy diberi tugas sebagai ketua pengeluaran yang akan mengawal kualiti dan melonjakkan kuantiti pengeluaran kasut bengkel itu. Dia tid...

Kesan Budaya Penyelidikan Universiti Masakini Terhadap Kreativiti, Inovasi dan Kualiti Akademik

1. Pengenalan Dalam dua dekad terakhir, budaya penyelidikan global telah berubah dengan ketara akibat tekanan metrik yang melampau seperti publish or perish , faktor impak, penarafan universiti dan penilaian berasaskan kuantiti penerbitan. Walaupun pendekatan ini sering digambarkan sebagai kemajuan ke arah ketelitian saintifik, perubahan ini sebenarnya mencerminkan pengaruh semakin kuat daripada positivisme dan reduksionisme. Positivisme, yang cenderung menganggap pengetahuan hanya sah apabila ia dapat diukur dan dibuktikan secara empirikal, dan reduksionisme, yang memecahkan fenomena kompleks kepada unit-unit kecil yang terasing daripada konteksnya, telah membentuk bukan sahaja cara penyelidikan dijalankan, tetapi juga menentukan siapa yang mampu bertahan dalam dunia akademik (Broadbent, 2002). Esei ini berhujah bahawa budaya penyelidikan yang sangat positivistik dan reduksionis mewujudkan ekosistem akademik yang kurang mendorong kreativiti, rendah keupayaan inovasi dan lebih mengutam...

Siapa yang Membaca Kertas Akademik di Wall Street?

 Oleh Fikir Lestari. Dalam satu temu bual YouTube di saluran Jonathan B., Jim O’Shaughnessy (4th January) ditanya tentang hubungan antara berfikir dan bertindak—tentang sama ada kerja intelektual masih mempunyai makna dalam dunia yang digerakkan oleh pelaksanaan, kelajuan, dan pasaran. Pada satu ketika, hampir secara bersahaja, beliau melontarkan satu soalan yang amat menusuk: “Siapa yang membaca kertas akademik di Wall Street?” Ungkapan ini tidak hadir sebagai provokasi kosong, tetapi sebagai satu diagnosis. Ia merangkumkan, dalam satu ayat, jurang yang semakin melebar antara penyelidikan akademik dan dunia nyata yang suatu ketika dahulu cuba difahaminya. Universiti tidak sentiasa menjadi institusi yang terpisah. Dalam sejarah, kesarjanaan lahir daripada masalah kehidupan sebenar—perdagangan, perubatan, undang-undang, tadbir urus, seni bina, dan pertanian. Ilmu berkembang secara perlahan, namun bersifat telap. Idea meresap ke dalam amalan, dan amalan pula membentuk semula teori. S...

Universiti dalam Dua Cengkaman Foucauldian: Analisis Panopticon dan Episteme dari Lensa Desilo.

Universiti sepatutnya menjadi antara ruang paling bebas untuk manusia berfikir. Di sinilah sesuatu yang dianggap benar boleh dipersoalkan, idea yang ganjil diberikan ruang, kegagalan intelektual dibenarkan, dan ilmu diterokai tanpa mengetahui terlebih dahulu apakah hasil akhirnya. Namun terdapat suatu paradoks dalam universiti kontemporari: semakin banyak mekanisme diwujudkan untuk menjamin “kualiti”, “kecemerlangan”, “akauntabiliti” dan “prestasi”, semakin kuat pula keluhan bahawa kehidupan akademik telah dibebani pengukuran, audit dan pentadbiran. Michel Foucault memberikan dua kerangka yang berguna untuk memahami paradoks ini. Yang pertama ialah Panopticon, yang membantu kita memahami bagaimana kuasa mendisiplinkan manusia melalui pengawasan. Yang kedua ialah episteme, yang lebih mendasar: bagaimana sesuatu zaman menentukan syarat-syarat yang membolehkan sesuatu diterima sebagai pengetahuan (Foucault, 1970, 1977). Dari perspektif Desilo, kedua-duanya boleh dibaca sebagai dua tangan ...