Langkau ke kandungan utama

EMPAT BELAS: HUKUM GOODHART: BILA UKURAN PRESTASI MENJADI MATLAMAT, UNIVERSITI HILANG ARAH


Suatu hari, pihak pemerintah berhasrat untuk meningkatkan tahap kecekapan balai bomba seluruh negeri, maka suatu pertandingan kecekapan memadam api telah diadakan. Alkisah sebuah balai bomba yang sentiasa dianugerahkan sebagai balai bomba terbaik negeri, mula menyiapkan diri untuk memenangi pertandingan itu. Maka setiap hari latihan diadakan untuk menyiapkan anggota balai itu agar dapat mendapat tempat pertama.

Semasa hari pertandingan, seluruh anggota dan peralatan kelengkapan di bawa ke tempat pertandingan yang diadakan diluar kawasan, maka kosonglah balai bomba tersebut. Ditakdirkan pada hari yang sama, terjadi kebakaran di sebuah bangunan berhampiran dengan balai tersebut, maka rakyat pun menghubungi balai bomba tersebut untuk membuat laporan. Namun oleh kerana kesemua anggota dan kelengkapan sedang berada di tempat pertandingan, maka tiada siapa yang dapat pergi memadamkan kebakaran itu. Akhirnya bangunan tersebut tidak dapat diselamatkan.

Kisah yang mustahil ini hanyalah rekaan, tidak akan ada suatu balai bomba yang begitu cuai dan lalai sehingga mengenepikan matlamat sebenar, iaitu memadamkan api sebenar yang merosakkan harta dan nyawa.

Namun kisah ini adalah tamsilan realiti bagi universiti negara. Dikalangan universiti-universiti dinegara kita, masing-masing berusaha menunjukkan kecemerlangan melalui 'pertandingan', iaitu mengumpul markah untuk penilaian ranking, mengumpul geran penyelidikan, menerbitkan kertas berwasit, menfailkan harta intelek, menimbun bilangan graduan, dan lain lain lagi, sedangkan tugas sebenar universiti, iaitu meningkatkan kesejahteraan masyarakat, terabai dan tidak dipedulikan.

Asalnya, matlamat pengukuran kecekapan seperti ranking dan sebagainya itu ialah untuk memberi bayangan kemampuan universiti menyejahterakan masyarakat. Namun apabila ilmuan dan pimpinan universiti menjadikan pengukuran itu sebagai matlamat (samada demi menunjukkan pencapaian organisasi, atau pencapaian ilmuan untuk kemajuan kerjaya), maka ia bukan lagi tentang kesejahteraan masyarakat. Ia gagal menjadi petunjuk kemampuan sebenar universiti dan ilmuan untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Ini adalah gejala apabila pengukuran kuantitatif berasaskan metrik dijadikan sebagai matlamat. Ini tepat dengan hukum Goodhart yang menyatakan "apabila ukuran menjadi matlamat, maka ia bukanlah lagi suatu pengukuran"*. Seperti dalam kisah ini apabila pertandingan (ukuran kecekapan memadamkan api) menjadi matlamat, maka pertandingan itu tidak lagi menjadi bukti kecekapan balai bomba itu memadamkan kebakaran. Bahkan ia boleh menjadi sebab kerosakan organisasi balai itu, apabila ia dipersalahkan, pertimbangan mereka dipersoalkan dan didakwa atas kecuaian.

Fenomena mengejar mata pengukuran ini tidak susah untuk dibuktikan. Selama berada dalam akademia, saya melihat perubahan semangat dan motivasi pensyarah untuk menjalankan tugas. Kalau sebelum adanya metrik pengukuran tahunan (seperti KPI) yang menekan pensyarah untuk mencapainya setiap tahun, mereka sentiasa cuba untuk mencurahkan bakti dengan cara yang terbaik difikirkan mereka. Mudah untuk mereka menggauli masyarakat dengan apa cara dan walau bagaimana bentuk sumbangan yang diberikan. Namun setelah adanya metrik, sekiranya adanya suatu keperluan dalam masyarakat, mereka akan melontarkan soalan seperti "adakah geran untuk menyelidiki masalah ini?" (untuk memenuhi metrik markah pengumpulan geran penyelidikan), atau "apakah ada penerbitan yang boleh disasarkan untuk masalah ini?" (merujuk kepada persoalan samada isu yang diselesaikan itu boleh mejadi topik kertas berwasit yang ada kriteria tertentu untuk dikira sebagai markah) atau "Siapakah pihak yang boleh mengeluarkan surat rasmi sebagai wakil masyarakat untuk meminta saya mengkaji masalah ini? (untuk memenuhi bukti kriteria bahawa penglibatannya itu diwajarkan oleh suatu pihak yang diiktiraf oleh universiti, bagi mencapai markah sumbangan masyarakat). Kini apabila datangnya permintaan masyarakat, perkara pertama yang terlintas di kepala ialah, "bagaimanakah saya mendapat markah dan pengiktirafan untuk diri saya pada tahun ini." Kini matlamat sebenar bukan lagi menjadi keutamaan, sebaliknya metrik itu yang menjadi keutamaan.

Bahkan terjadi juga kes dimana metrik menjadi lebih utama dari matlamat sebenar. Saya pernah mengagaskan kepada pihak universiti agar suatu sesi libatsama perbincangan dengan sekelompok masyarakat untuk menyelesaikan suatu masalah yang menghantui mereka. Setelah mendapat persetujuan untuk mengadakan sesi tersebut, projek diserahkan kepada seorang penyelidik lain. Namun dengan sumber yang diberikan, perkara pertama yang dilakukan oleh beliau ialah menulis kertas berwasit, membayar untuk yuran penerbitan yang amat tinggi untuk menghasilkan satu saranan ilmiah yang hanya merujuk kepada sumber literatur (pembacaan sendiri). Kertas itu pula hanya boleh dibaca oleh yang membayar turan capaian kepada penerbit tadi. Akhirnya sesi libatsama itu tidak lansung berlaku, bahkan dirasakan tidak perlu, kerana 'markah' yang boleh dikira telah diperolehi, iaitu satu kertas berwasit.

Kecanduan kepada pengukuran, metrik yang dipacu oleh birokrasi adalah ciri ciri asas sebuah sistem yang bersifat reduksionis. Nilai sesuatu perkara atau usaha hanya boleh diiktiraf melalu komponen fenomena yang boleh diukur, kalau tak boleh diukurpun akan dicipta sistem pemarkahan dan pengiraan yang berasaskan kuantiti. Ini adalah salah satu dari simtom pemikiran moden yang telah di utarakan oleh Rene' Guenon di dalam bukunya ''The reign of quantity and the signs of the times" (Bila Kuantiti Menjadi Pemerintah dan petanda zaman)**

Apabila metrik ini diolah sebegitu spesifik dan sebegitu rupa, ia menjadi pertandingan yang boleh dicatur pengumpulan markahnya. Nilai matlamat sebenar universiti menjadi semakin kabur bahkan tidak penting sama sekali, melainkan sekiranya ia menjana kuantiti metrik yang dikehendaki oleh pemimpin universiti bahkan oleh menteri. Apabila ini menjadi norma, maka amalan 'gaming' menjadi perkara biasa, iaitu mencatur sumber, masa dan pemikiran demi untuk melonjakkan markah tertinggi, tanpa mengira nilai sebenar sesuatu fenomena.

Nota kaki:

* Hukum Goodhart, yang dirumuskan oleh ahli ekonomi Charles Goodhart, menyatakan bahawa "apabila sesuatu ukuran menjadi sasaran, ia tidak lagi menjadi ukuran yang baik." Prinsip ini menyerlahkan bahawa apabila metrik digunakan untuk memacu prestasi, ia boleh dimanipulasi atau diherotkan, membawa kepada akibat yang tidak diingini yang menjejaskan tujuan asal pengukuran.

**Guénon, R. (2001). The reign of quantity and the signs of the times (A. Macnab, Trans.). Sophia Perennis. (Original work published 1945)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti kini dipenuhi Pensyarah, Namun Ketandusan Sarjana.

Oleh Fikir Lestari  ( berbantu AI ) Sekali imbas, istilah pensyarah universiti dan sarjana kelihatan seolah-olah merujuk kepada golongan yang sama. Namun, kedua-duanya sebenarnya merujuk kepada orientasi yang sangat berbeza terhadap ilmu, autoriti, dan tujuan intelektual. Seorang pensyarah universiti pada asasnya ialah satu peranan dalam sesebuah institusi . Identitinya ditentukan oleh pelantikan, beban tugas, dan akauntabiliti pentadbiran. Jam pengajaran, hasil pembelajaran, rubrik penilaian, petunjuk prestasi utama, serta pematuhan kepada kerangka institusi membentuk kehidupan intelektual harian seorang pensyarah. Ilmu, dalam konteks ini, difahami sebagai sesuatu yang perlu disampaikan, distrukturkan, dan diukur . Autoriti pensyarah tidak banyak bergantung pada kedalaman kefahaman, tetapi pada kelayakan formal, pemilikan silibus, dan keselarasan dengan kurikulum yang diluluskan. Malah penyelidikan pun semakin bersifat instrumental, dinilai melalui bilangan penerbitan, indeks s...

EMPAT - PRINSIP PETER: SARJANA PRODUKTIF TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI PEMIMPIN UNIVERSITI YANG BAIK

R udy adalah seorang tukang kasut yang pandai. Kasut buatannya menjadi idaman orang ramai. Cara jahitannya, cara potongannya, menghasilkan kasut yang mahal harganya kerana digemari orang seluruh negeri. Kepandaiannya telah sampai ke telinga Anuar, seorang ahli perniagaan yang berhasrat  memperolehi keuntungan dari kemahiran Rudy. Dia berhasrat melaburkan wang untuk membina sebuah bengkel berkelengkapan moden untuk Rudy. Dengan cara ini akan lebih banyak kasut jenama Rudy dapat dijual. Kalau Rudy biasanya membuat sepuluh pasang kasut sebulan, dengan mesin di bengkel yang akan dibina, maka beratus-ratus pasang kasut Rudy akan dapat dibuat sebulan. Kalau keuntungan dibahagi dua dengan Rudy pun, Anuar mencongak, Rudy masih akan mendapat pendapatan berkali ganda. Manakala Anuar sendiri akan memperoleh keuntungan dari pelaburannya. Setelah bengkel dibina, Rudy diberi tugas sebagai ketua pengeluaran yang akan mengawal kualiti dan melonjakkan kuantiti pengeluaran kasut bengkel itu. Dia tid...

Kesan Budaya Penyelidikan Universiti Masakini Terhadap Kreativiti, Inovasi dan Kualiti Akademik

1. Pengenalan Dalam dua dekad terakhir, budaya penyelidikan global telah berubah dengan ketara akibat tekanan metrik yang melampau seperti publish or perish , faktor impak, penarafan universiti dan penilaian berasaskan kuantiti penerbitan. Walaupun pendekatan ini sering digambarkan sebagai kemajuan ke arah ketelitian saintifik, perubahan ini sebenarnya mencerminkan pengaruh semakin kuat daripada positivisme dan reduksionisme. Positivisme, yang cenderung menganggap pengetahuan hanya sah apabila ia dapat diukur dan dibuktikan secara empirikal, dan reduksionisme, yang memecahkan fenomena kompleks kepada unit-unit kecil yang terasing daripada konteksnya, telah membentuk bukan sahaja cara penyelidikan dijalankan, tetapi juga menentukan siapa yang mampu bertahan dalam dunia akademik (Broadbent, 2002). Esei ini berhujah bahawa budaya penyelidikan yang sangat positivistik dan reduksionis mewujudkan ekosistem akademik yang kurang mendorong kreativiti, rendah keupayaan inovasi dan lebih mengutam...

Siapa yang Membaca Kertas Akademik di Wall Street?

 Oleh Fikir Lestari. Dalam satu temu bual YouTube di saluran Jonathan B., Jim O’Shaughnessy (4th January) ditanya tentang hubungan antara berfikir dan bertindak—tentang sama ada kerja intelektual masih mempunyai makna dalam dunia yang digerakkan oleh pelaksanaan, kelajuan, dan pasaran. Pada satu ketika, hampir secara bersahaja, beliau melontarkan satu soalan yang amat menusuk: “Siapa yang membaca kertas akademik di Wall Street?” Ungkapan ini tidak hadir sebagai provokasi kosong, tetapi sebagai satu diagnosis. Ia merangkumkan, dalam satu ayat, jurang yang semakin melebar antara penyelidikan akademik dan dunia nyata yang suatu ketika dahulu cuba difahaminya. Universiti tidak sentiasa menjadi institusi yang terpisah. Dalam sejarah, kesarjanaan lahir daripada masalah kehidupan sebenar—perdagangan, perubatan, undang-undang, tadbir urus, seni bina, dan pertanian. Ilmu berkembang secara perlahan, namun bersifat telap. Idea meresap ke dalam amalan, dan amalan pula membentuk semula teori. S...

TIGABELAS: RESIPI LAPUK, RESTORAN MEWAH, DAN KETANDUSAN RASA DALAM UNIVERSITI

  Oleh Fikir Lestari Faiz diterima bekerja sebagai pembantu chef di sebuah restoran yang terkenal. Nama restoran itu besar, dapurnya tersusun rapi, dan setiap hidangan keluar mengikut piawaian yang telah diuji berpuluh kali. Di dinding dapur tergantung buku resipi tebal—lengkap dengan sukatan, masa, dan langkah yang tidak boleh disimpang. Tugas Faiz mudah: ikut resipi, jangan bertanya terlalu banyak, dan pastikan setiap pinggan rasa sama seperti semalam. Pada awalnya, Faiz cemerlang. Masakannya kemas, konsisten, dan pelanggan jarang merungut. Pengurusan gembira. Statistik jualan stabil. Dari sudut prestasi, Faiz ialah tukang masak yang baik. Tetapi perlahan-lahan, satu kegelisahan muncul. Faiz sedar bahawa dia boleh memasak makanan yang baik, tetapi dia belum tentu menjadi seorang tukang masak yang baik. Dia tahu resipi, tetapi tidak tahu kenapa resipi itu wujud begitu. Dia tahu sukatan, tetapi tidak memahami bahan. Dia tahu masa, tetapi tidak peka terhadap perubahan cuaca, kesegar...