Langkau ke kandungan utama

SEBELAS - KISAH PEMBELI JORAN DAN PEMANCING: LARINYA MATLAMAT UNIVERSITI

Di sebuah kedai menjual peralatan memancing, seorang pemuda membeli sebatang joran yang mahal. Kebetulan, pada masa yang sama, ada seorang lelaki yang turut membeli joran yang serupa. Setelah selesai membeli, kedua-duanya pulang, melalui jalan yang sama. Mereka berbual-bual tentang joran yang baharu dibeli. Dalam perjalanan, mereka melalui sebuah kolam yang penuh dengan ikan. Maka pemuda tadi pun teringin memancing di situ sambil mengajak kenalan barunya bersama-sama memancing di situ.

"Marilah kita bersama-sama memancing di sini" ajaknya.

"Oh saya tidak minat memancing" jawab kenalannya itu.

Maka hairanlah pemuda itu dengan jawapan itu. Lalu dia bertanya, kalau tidak suka memancing, mengapa dia sanggup membeli joran yang mahal tersebut?.

"Oh begini ceritanya. Di kampung saya ramai yang berminat dengan joran ini. Kebetulan saya lalu dikedai itu, maka saya belilah untuk dijual kepada mereka. Saya boleh menjual dengan harga yang lebih mahal dan membuat keuntungan".

Kisah ini adalah tamsil fenomena yang berlaku di universiti. Di universiti kita lihat ramai yang hadir meneroka ilmu sebagai pensyarah dan ilmuwan  . Namun ini tidak bermakna mereka berada di sana untuk meneroka ilmu dan mendidik masyarakat. Ramai, bahkan semakin ramai yang berusaha menjadi ilmuan universiti semata-mata kerana ia merupakan cara mencari rezeki yang lumayan untuk ramai orang. Sedangkan matlamat sebenar penerokaan ilmu untuk mendidik dan mensejahterakan masyarakat semakin terpinggir.

Terpinggirnya matlamat sebenar universiti boleh kita simpulkan dari kurangnya kesan dan impak universiti kepada masyarakat pada dewasa ini. Masalah dan kemelut masyarakat masih tidak ada tanda-tanda akan surut. Kita ambil contoh aspek penyelidikan unversiti. Sejak konsep universiti penyelidikan ditubuhkan, jutaan ringgit dilimpahkan demi aktiviti penyelidikan. Namun sebagaimana kisah pembeli di kedai joran tadi, ramainya penyelidik di makmal universiti bukanlah bermakna mereka sedang berusaha menghasilkan inovasi yang mensejahterakan rakyat. Matlamat penyelidikan mereka kini lebih kepada memenuhi kriteria penilaian untuk menunjukkan pencapaian dan peningkatan prestasi melalui metrik-metrik tertentu dan permainan ranking universiti. Bahkan tidak keterlaluan kalau dikatakan matlamat utama aktiviti ilmu diuniversiti kini ialah untuk kelangsungan hidup dan kenaikan pangkat ilmuan sendiri.

Hal ini boleh disimpulkan dengan fakta hanya sedikit hasil penyelidikan tempatan yang berada dipasaran untuk dimanfaatkan. Kebanyakan inovasi dan teknologi moden yang ada dipasaran, bukanlah datang dari universiti tempatan, bahkan diimpot dari luar untuk memenuhi keperluan rakyat. Tidak sukar untuk membuktikan hal ini. Lihat kisah pembelian bot 'Interceptor' untuk membersihkan sungai Klang pada 2019.* Ia adalah inovasi yang dibeli dari seorang remaja Belanda yang dikatakan begitu 'inovatif'. Namun sekiranya diteliti, teknologi yang digunakan tidaklah secanggih mana, bahkan boleh sahaja dibuat dengan kepakaran tempatan. Soalnya, mengapa, inovasi yang sebegini tidak dapat muncul dari universiti tempatan? Bukankah telah hampir berdekad lamanya kerajaan melimpahkan biliunan ringgit untuk program unversiti penyelidikan?

Bagaimana dengan inovasi lain? Keperluan teknologi maklumat negara banyak mengimpot segala macam perkakasan elektronik, yang besar dan kecil. Kenapa tidak ada satupun perkakasan ini datangnya dari inovasi tempatan? Bukankah kita punya banyak kepakaran di universiti untuk mencipta produk yang mempunyai pasaran yang lumayan ini? Kalau Inovasi semudah ini tidak mampu dihasilkan oleh universiti penyelidikan, kemana perginya pelaburan kerajaan dalam penyelidikan sains dan teknologi negara?

Isu keselamatan makanan negara juga masih ditakuk lama. Impot makanan kita jauh lebih tinggi dari yang kita ekspot. Yang diekspot pula bukanlah makanan, tapi hasil pertanian untuk tunai seperti minyak sawit. Soalnya, dimanakah sumbangan hasil penyelidikan pertanian negara keatas keselamatan dan kedaulatan makanan negara? Sedangkan saban tahun universiti menunjukkan peningkatan hasil penyelidikan pertanian dalam penerbitan eksklusif?

Saya percaya, pentadbiran unversiti hari ini dibarisi oleh golongan ilmuan bijak, namun seolahnya kesejahteraan negara bukanlah matlamat utama mereka. Umpama kisah pembeli joran yang mahal tadi, membeli joran demi untuk mendapatkan keuntungan, dan bukannya menangkap ikan untuk dibawa pulang. Ramai ilmuwan yang cukup selesa hidupnya dengan imbuhan lumayan diberi oleh negara atas harapan 'memperbaiki kesejahteraan masyarakat' dan 'meningkatkan kemakmuran negara'. Namun buktinya masih belum terlihat.

Pernah suatu ketika, menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik menjulang konsep 'Universiti untuk Masyarakat' agar universiti lebih berfungsi dalam menyejahterakan masyarakat**. Ia satu niat yang murni, namun satu persoalan timbul, apakah selama ini universiti bukan untuk masyarakat? Aneh bukan? Ia ibarat melaungkan slogan, 'hospital untuk kesihatan rakyat' atau "tentera untuk keselamatan negara". Adakah selama ini Hospital bukan untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat? Atau Adakah selama ini tentera bukan untuk mempertahankan dan menjaga keselamatan negara. Jelas di sini, konsep 'universiti untuk masyarakat' adalah reaksi kepada suatu keadaan dimana universiti kini bukan lagi untuk masyarakat. Slogan itu dilaungkan oleh YB menteri kerana universiti telah terpesong dari landasan khidmat untuk masyarakat. Jadi persoalan yang seterusnya timbul, 'universiti sebenarnya untuk apa?

Mungkinkah selama ini, ilmuan yang hadir diuniversiti membeli joran bukan untuk menangkap ikan yang boleh menghilangkan kelaparan masyarakat, tetapi menjualnya untuk keuntungan peribadi?

Nota:

*Dutch man's solar-powered invention catches plastic in rivers before it enters oceans floating (Interceptor already deployed to Indonesia, Malaysia and Vietnam) https://www.cbc.ca/news/science/interceptor-plastic-pollution-1.5337721

**"Universiti Untuk Masyarakat" Agenda Penting Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia Demi Kelangsungan Negara 02/12/2019 11:20 AM (https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1794371)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti kini dipenuhi Pensyarah, Namun Ketandusan Sarjana.

Oleh Fikir Lestari  ( berbantu AI ) Sekali imbas, istilah pensyarah universiti dan sarjana kelihatan seolah-olah merujuk kepada golongan yang sama. Namun, kedua-duanya sebenarnya merujuk kepada orientasi yang sangat berbeza terhadap ilmu, autoriti, dan tujuan intelektual. Seorang pensyarah universiti pada asasnya ialah satu peranan dalam sesebuah institusi . Identitinya ditentukan oleh pelantikan, beban tugas, dan akauntabiliti pentadbiran. Jam pengajaran, hasil pembelajaran, rubrik penilaian, petunjuk prestasi utama, serta pematuhan kepada kerangka institusi membentuk kehidupan intelektual harian seorang pensyarah. Ilmu, dalam konteks ini, difahami sebagai sesuatu yang perlu disampaikan, distrukturkan, dan diukur . Autoriti pensyarah tidak banyak bergantung pada kedalaman kefahaman, tetapi pada kelayakan formal, pemilikan silibus, dan keselarasan dengan kurikulum yang diluluskan. Malah penyelidikan pun semakin bersifat instrumental, dinilai melalui bilangan penerbitan, indeks s...

EMPAT - PRINSIP PETER: SARJANA PRODUKTIF TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI PEMIMPIN UNIVERSITI YANG BAIK

R udy adalah seorang tukang kasut yang pandai. Kasut buatannya menjadi idaman orang ramai. Cara jahitannya, cara potongannya, menghasilkan kasut yang mahal harganya kerana digemari orang seluruh negeri. Kepandaiannya telah sampai ke telinga Anuar, seorang ahli perniagaan yang berhasrat  memperolehi keuntungan dari kemahiran Rudy. Dia berhasrat melaburkan wang untuk membina sebuah bengkel berkelengkapan moden untuk Rudy. Dengan cara ini akan lebih banyak kasut jenama Rudy dapat dijual. Kalau Rudy biasanya membuat sepuluh pasang kasut sebulan, dengan mesin di bengkel yang akan dibina, maka beratus-ratus pasang kasut Rudy akan dapat dibuat sebulan. Kalau keuntungan dibahagi dua dengan Rudy pun, Anuar mencongak, Rudy masih akan mendapat pendapatan berkali ganda. Manakala Anuar sendiri akan memperoleh keuntungan dari pelaburannya. Setelah bengkel dibina, Rudy diberi tugas sebagai ketua pengeluaran yang akan mengawal kualiti dan melonjakkan kuantiti pengeluaran kasut bengkel itu. Dia tid...

Kesan Budaya Penyelidikan Universiti Masakini Terhadap Kreativiti, Inovasi dan Kualiti Akademik

1. Pengenalan Dalam dua dekad terakhir, budaya penyelidikan global telah berubah dengan ketara akibat tekanan metrik yang melampau seperti publish or perish , faktor impak, penarafan universiti dan penilaian berasaskan kuantiti penerbitan. Walaupun pendekatan ini sering digambarkan sebagai kemajuan ke arah ketelitian saintifik, perubahan ini sebenarnya mencerminkan pengaruh semakin kuat daripada positivisme dan reduksionisme. Positivisme, yang cenderung menganggap pengetahuan hanya sah apabila ia dapat diukur dan dibuktikan secara empirikal, dan reduksionisme, yang memecahkan fenomena kompleks kepada unit-unit kecil yang terasing daripada konteksnya, telah membentuk bukan sahaja cara penyelidikan dijalankan, tetapi juga menentukan siapa yang mampu bertahan dalam dunia akademik (Broadbent, 2002). Esei ini berhujah bahawa budaya penyelidikan yang sangat positivistik dan reduksionis mewujudkan ekosistem akademik yang kurang mendorong kreativiti, rendah keupayaan inovasi dan lebih mengutam...

Siapa yang Membaca Kertas Akademik di Wall Street?

 Oleh Fikir Lestari. Dalam satu temu bual YouTube di saluran Jonathan B., Jim O’Shaughnessy (4th January) ditanya tentang hubungan antara berfikir dan bertindak—tentang sama ada kerja intelektual masih mempunyai makna dalam dunia yang digerakkan oleh pelaksanaan, kelajuan, dan pasaran. Pada satu ketika, hampir secara bersahaja, beliau melontarkan satu soalan yang amat menusuk: “Siapa yang membaca kertas akademik di Wall Street?” Ungkapan ini tidak hadir sebagai provokasi kosong, tetapi sebagai satu diagnosis. Ia merangkumkan, dalam satu ayat, jurang yang semakin melebar antara penyelidikan akademik dan dunia nyata yang suatu ketika dahulu cuba difahaminya. Universiti tidak sentiasa menjadi institusi yang terpisah. Dalam sejarah, kesarjanaan lahir daripada masalah kehidupan sebenar—perdagangan, perubatan, undang-undang, tadbir urus, seni bina, dan pertanian. Ilmu berkembang secara perlahan, namun bersifat telap. Idea meresap ke dalam amalan, dan amalan pula membentuk semula teori. S...

TIGABELAS: RESIPI LAPUK, RESTORAN MEWAH, DAN KETANDUSAN RASA DALAM UNIVERSITI

  Oleh Fikir Lestari Faiz diterima bekerja sebagai pembantu chef di sebuah restoran yang terkenal. Nama restoran itu besar, dapurnya tersusun rapi, dan setiap hidangan keluar mengikut piawaian yang telah diuji berpuluh kali. Di dinding dapur tergantung buku resipi tebal—lengkap dengan sukatan, masa, dan langkah yang tidak boleh disimpang. Tugas Faiz mudah: ikut resipi, jangan bertanya terlalu banyak, dan pastikan setiap pinggan rasa sama seperti semalam. Pada awalnya, Faiz cemerlang. Masakannya kemas, konsisten, dan pelanggan jarang merungut. Pengurusan gembira. Statistik jualan stabil. Dari sudut prestasi, Faiz ialah tukang masak yang baik. Tetapi perlahan-lahan, satu kegelisahan muncul. Faiz sedar bahawa dia boleh memasak makanan yang baik, tetapi dia belum tentu menjadi seorang tukang masak yang baik. Dia tahu resipi, tetapi tidak tahu kenapa resipi itu wujud begitu. Dia tahu sukatan, tetapi tidak memahami bahan. Dia tahu masa, tetapi tidak peka terhadap perubahan cuaca, kesegar...