Langkau ke kandungan utama

SATU-MAGISNYA UNIVERSITI SILAM

 

Prologue

Suatu masa dahulu. Di kota silam zaman keemasan ilmu dan tamadun. Kota yang makmur, indah dan mewah. Bangunan dan menara menjadi garis langitnya. Kesibukan madrasah dan masjid, menyamai ramainya orang di pasar-pasar. Di suatu sudut kota, wujud suatu tempat yang magis, bebas dari hiruk pikuk kota itu. Di sebalik tembok dan pohon yang subur, berhimpunnya sang bijaksana yang pemikirannya bisa mengubah dunia. Dibawah menara dan gedung yang bersinar, kitab2 ilmu, garapan ilmuwan dari dahulukala sehingga ke hari ini, tersusun rapi. Disini musuh mereka adalah kesesatan, kegelapan dan kebodohan umat. 

Di hari ini, ada ketika, seandainya engkau melintasi halaman deretan bangunan usangnya, kau akan dibawa ke ratusan tahun yang lalu. Seakan terbayang jelmaan mistis sang sarjana lampau, dengan jubah dan serban beralun, berjalan laju dari satu bangunan, ke bangunan lain, menghambat kegelapan dengan sinaran ilmu, fikir dan tawajuh. Ada yang berbahas santai, di kaki lima bangunan, bersama murid dan murabbi. Nama seperti Plato, aristotle, Al Ghazali dan Ibnu Sina,  menjadi bualan dialektik bibir mereka.

Sinar dari kampus ini melangkaui tembok2 universiti, menyirami istana sultan, rumah warga dan pasar dengan ilmu. Pemerintah dibekalkan dengan kitab dan panduan, disirami dinginnya wahyu ilahi, agar negara sejahtera penuh adil. Sang pahlawan turut dihangatkan oleh cahaya iman dan ihsan, mengasah pedang dan menyarung perisai, meruntuhkan kebatilan, kejumudan dan kekufuran, dengan kudrat jasmani.

Inilah gambaran universiti di zaman awal munculnya. Ketika tamadun manusia mula mencipta kesejahteraan, kehausan kepada nilai dan makna kehidupan mendorong munculnya ratusan kampus ilmu sebegini. Sang khalifah, tanpa berkira menuangkan dinar dan dirham ke dalam perpustakaan dan dewan kuliah, agar tamadun segar dengan ilmu dan kemajuan.

Sang pemikir dan bijak datang dari jauh dan dekat memenuhi halaman dewan dan kuliah. Meneroka ilmu untuk menjadi ilmuwan sejati. Semangat menjulang kebenaran tinggi di dada. Jihad mereka bukan dengan pedang, tetapi dengan hati, ilmu dan lidah.

Demikian, seandainya ingin diromantiskan magisnya universiti, di zaman lampau.

Namun itu adalah mimpi semalam. Terpecah dengan sinar pagi dunia moden. Bangunan dan menara universiti hari ini lebih gah, lebih berkilat, dengan kaca dan keluli, warisan senibina Mies Van de Rohe. Dengan perpustakaan dalam gaya Brutalism, seakan mengusir segala yang indah dan batin, hanya berteraskan atom2 yang keras dan mati.

Para sarjananya pula lebih bergaya dengan kerapian seorang usahawan, atau seorang pedagang kaya, atau seorang bangsawan yang disanjung. Wang dan kemasyhuran tidak kurang dilimpah. Namun kini janji habuan duniawi lebih pasti.

Namun tiada lagi ungkapan kependitaan dari bibir sang pengajar. Mereka bukan lagi murabbi. Tiada lagi Aristotle mahupun alghazali dalam keletah bicara mereka. Sang murid pula, berbondong mencari pengiktirafan sehelai kertas, yang mengatakan ya benar dia seorang yang layak diberi kepercayaan menggalas tugas yang seterusnya harus diberi imbalan. Kertas yang menjanjikan kelansungan, bahkan kemewahan duniawi.

Ayuh kita telursuri susur galur kisah universiti, gedung ilmu, ivory tower yang telah menjelma menjadi salah satu fenomena moden dunia kapitalis, dunia materiali yang kehilangan magisnya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti kini dipenuhi Pensyarah, Namun Ketandusan Sarjana.

Oleh Fikir Lestari  ( berbantu AI ) Sekali imbas, istilah pensyarah universiti dan sarjana kelihatan seolah-olah merujuk kepada golongan yang sama. Namun, kedua-duanya sebenarnya merujuk kepada orientasi yang sangat berbeza terhadap ilmu, autoriti, dan tujuan intelektual. Seorang pensyarah universiti pada asasnya ialah satu peranan dalam sesebuah institusi . Identitinya ditentukan oleh pelantikan, beban tugas, dan akauntabiliti pentadbiran. Jam pengajaran, hasil pembelajaran, rubrik penilaian, petunjuk prestasi utama, serta pematuhan kepada kerangka institusi membentuk kehidupan intelektual harian seorang pensyarah. Ilmu, dalam konteks ini, difahami sebagai sesuatu yang perlu disampaikan, distrukturkan, dan diukur . Autoriti pensyarah tidak banyak bergantung pada kedalaman kefahaman, tetapi pada kelayakan formal, pemilikan silibus, dan keselarasan dengan kurikulum yang diluluskan. Malah penyelidikan pun semakin bersifat instrumental, dinilai melalui bilangan penerbitan, indeks s...

EMPAT - PRINSIP PETER: SARJANA PRODUKTIF TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI PEMIMPIN UNIVERSITI YANG BAIK

R udy adalah seorang tukang kasut yang pandai. Kasut buatannya menjadi idaman orang ramai. Cara jahitannya, cara potongannya, menghasilkan kasut yang mahal harganya kerana digemari orang seluruh negeri. Kepandaiannya telah sampai ke telinga Anuar, seorang ahli perniagaan yang berhasrat  memperolehi keuntungan dari kemahiran Rudy. Dia berhasrat melaburkan wang untuk membina sebuah bengkel berkelengkapan moden untuk Rudy. Dengan cara ini akan lebih banyak kasut jenama Rudy dapat dijual. Kalau Rudy biasanya membuat sepuluh pasang kasut sebulan, dengan mesin di bengkel yang akan dibina, maka beratus-ratus pasang kasut Rudy akan dapat dibuat sebulan. Kalau keuntungan dibahagi dua dengan Rudy pun, Anuar mencongak, Rudy masih akan mendapat pendapatan berkali ganda. Manakala Anuar sendiri akan memperoleh keuntungan dari pelaburannya. Setelah bengkel dibina, Rudy diberi tugas sebagai ketua pengeluaran yang akan mengawal kualiti dan melonjakkan kuantiti pengeluaran kasut bengkel itu. Dia tid...

Kesan Budaya Penyelidikan Universiti Masakini Terhadap Kreativiti, Inovasi dan Kualiti Akademik

1. Pengenalan Dalam dua dekad terakhir, budaya penyelidikan global telah berubah dengan ketara akibat tekanan metrik yang melampau seperti publish or perish , faktor impak, penarafan universiti dan penilaian berasaskan kuantiti penerbitan. Walaupun pendekatan ini sering digambarkan sebagai kemajuan ke arah ketelitian saintifik, perubahan ini sebenarnya mencerminkan pengaruh semakin kuat daripada positivisme dan reduksionisme. Positivisme, yang cenderung menganggap pengetahuan hanya sah apabila ia dapat diukur dan dibuktikan secara empirikal, dan reduksionisme, yang memecahkan fenomena kompleks kepada unit-unit kecil yang terasing daripada konteksnya, telah membentuk bukan sahaja cara penyelidikan dijalankan, tetapi juga menentukan siapa yang mampu bertahan dalam dunia akademik (Broadbent, 2002). Esei ini berhujah bahawa budaya penyelidikan yang sangat positivistik dan reduksionis mewujudkan ekosistem akademik yang kurang mendorong kreativiti, rendah keupayaan inovasi dan lebih mengutam...

Siapa yang Membaca Kertas Akademik di Wall Street?

 Oleh Fikir Lestari. Dalam satu temu bual YouTube di saluran Jonathan B., Jim O’Shaughnessy (4th January) ditanya tentang hubungan antara berfikir dan bertindak—tentang sama ada kerja intelektual masih mempunyai makna dalam dunia yang digerakkan oleh pelaksanaan, kelajuan, dan pasaran. Pada satu ketika, hampir secara bersahaja, beliau melontarkan satu soalan yang amat menusuk: “Siapa yang membaca kertas akademik di Wall Street?” Ungkapan ini tidak hadir sebagai provokasi kosong, tetapi sebagai satu diagnosis. Ia merangkumkan, dalam satu ayat, jurang yang semakin melebar antara penyelidikan akademik dan dunia nyata yang suatu ketika dahulu cuba difahaminya. Universiti tidak sentiasa menjadi institusi yang terpisah. Dalam sejarah, kesarjanaan lahir daripada masalah kehidupan sebenar—perdagangan, perubatan, undang-undang, tadbir urus, seni bina, dan pertanian. Ilmu berkembang secara perlahan, namun bersifat telap. Idea meresap ke dalam amalan, dan amalan pula membentuk semula teori. S...

TIGABELAS: RESIPI LAPUK, RESTORAN MEWAH, DAN KETANDUSAN RASA DALAM UNIVERSITI

  Oleh Fikir Lestari Faiz diterima bekerja sebagai pembantu chef di sebuah restoran yang terkenal. Nama restoran itu besar, dapurnya tersusun rapi, dan setiap hidangan keluar mengikut piawaian yang telah diuji berpuluh kali. Di dinding dapur tergantung buku resipi tebal—lengkap dengan sukatan, masa, dan langkah yang tidak boleh disimpang. Tugas Faiz mudah: ikut resipi, jangan bertanya terlalu banyak, dan pastikan setiap pinggan rasa sama seperti semalam. Pada awalnya, Faiz cemerlang. Masakannya kemas, konsisten, dan pelanggan jarang merungut. Pengurusan gembira. Statistik jualan stabil. Dari sudut prestasi, Faiz ialah tukang masak yang baik. Tetapi perlahan-lahan, satu kegelisahan muncul. Faiz sedar bahawa dia boleh memasak makanan yang baik, tetapi dia belum tentu menjadi seorang tukang masak yang baik. Dia tahu resipi, tetapi tidak tahu kenapa resipi itu wujud begitu. Dia tahu sukatan, tetapi tidak memahami bahan. Dia tahu masa, tetapi tidak peka terhadap perubahan cuaca, kesegar...