Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2025

DUA BELAS: MENEBANG POKOK ATAU MENEBAS SEMAK: ANTARA BUKU DAN KERTAS ILMIAH

Seorang tuan tanah berhasrat membersihkan tanah terbiarnya yang penuh hutan dan belukar untuk membina rumah di situ. Dia pun mengupah seorang kontraktor. Sebagai imbuhan, dia menjanjikan upahan berdasarkan berat daun dan kayu yang dibuang. Setelah sebulan, dia membayar upahan menurut janjinya. Namun apabila dia pergi melihat tanahnya, walaupun banyak belukar yang telah dibersihkan, masih terdapat pokok-pokok besar ditanahnya. Beberapa lama berlalu, dia memanggil semula kontraktor itu untuk membersihkan lagi tanahnya. Kontraktor itu sekali lagi membawa banyak sisa daun dan belukar yang telah dipotong, dan dibayar seperti biasa, menurut berat sisa yang dipotongnya.  Namun tuan tanah sekali lagi kecewa melihat tanahnya yang walaupun bersih dari belukar dan semak, namun masih banyak pokok besar yang tidak diusik. Rupanya si kontraktor itu hanya membersihkan belukar dan semak yang tumbuh semula selepas dia menebasnya kali pertama.  Tuan tanah yang tidak berpuas hati meminta kontrak...

SEBELAS - KISAH PEMBELI JORAN DAN PEMANCING: LARINYA MATLAMAT UNIVERSITI

Di sebuah kedai menjual peralatan memancing, seorang pemuda membeli sebatang joran yang mahal. Kebetulan, pada masa yang sama, ada seorang lelaki yang turut membeli joran yang serupa. Setelah selesai membeli, kedua-duanya pulang, melalui jalan yang sama. Mereka berbual-bual tentang joran yang baharu dibeli. Dalam perjalanan, mereka melalui sebuah kolam yang penuh dengan ikan. Maka pemuda tadi pun teringin memancing di situ sambil mengajak kenalan barunya bersama-sama memancing di situ. "Marilah kita bersama-sama memancing di sini" ajaknya. "Oh saya tidak minat memancing" jawab kenalannya itu. Maka hairanlah pemuda itu dengan jawapan itu. Lalu dia bertanya, kalau tidak suka memancing, mengapa dia sanggup membeli joran yang mahal tersebut?. "Oh begini ceritanya. Di kampung saya ramai yang berminat dengan joran ini. Kebetulan saya lalu dikedai itu, maka saya belilah untuk dijual kepada mereka. Saya boleh menjual dengan harga yang lebih mahal dan membuat keuntungan...

SEPULUH- KISAH HAMBA DAN RANTAI KAKI: KERENAH BIROKRASI PENGURUSAN DAN MEKANISME PENGAJARAN DI UNIVERSITI

Alkisah di zaman dahulu, ada seorang hamba yang dipaksa bekerja di sebuah lombong permata. Sepanjang hidupnya dilombong itu, kakinya sentiasa dirantai dengan rantai besi yang berat untuk menghalangnya dari melarikan diri. Suatu hari dia dibebaskan sebagai seorang yang merdeka. Ketika dia keluar dari lombong tersebut, tiada siapa yang terfikir untuk membukakan rantai kakinya. Ketika dia berjalan menuju ke kampungnya, dia mengeluh kerana langkahnya sangat perlahan. Dalam perjalanan dia terserempak dengan seorang lelaki yang hairan dengan keadaannya. Lalu lelaki itu bertanya: "Tuan dari mana dan hendak kemana?" "Saya baharu dibebaskan dari perhambaan dilombong di sana, dan sekarang saya sangat teruja untuk bertemu keluarga saya dikampung" "Tahniah saya ucapkan, tetapi mengapa tuan kelihatan sedih?" "Saya merasa sangat letih berjalan dan langkah saya pun agak perlahan dek kerana rantai di kaki saya ini. Saya terfikir apakah yang boleh saya lakukan dengan ...

SEMBILAN - PEMBARAIAN MINDA: FRANKENSTEIN DAN RAKSASA CIPTAANNYA

V ictor Frankenstein, seorang saintis yang teruja dengan ilmu perubatan sains moden, mengandaikan sekiranya dia dapat mencantumkan anggota badan dari bahagian-bahagian yang diambil dari mayat-mayat manusia yang baharu meninggal, tentunya tidak mustahil dia boleh mencipta seorang manusia baharu. Lalu dia pun melaksanakan impiannya itu, maka terhasillah seorang manusia yang seakan sempurna. Namun manusia ciptaannya itu, tersiksa memikirkan asal kewujudannya dan tujuan hidupnya. Berang dengan kegagalan penciptanya melengkapkan kemanusiaannya, ia membunuh teman dan keluarga penciptanya. Melihat bencana yang timbul dari ciptaannya, Frankenstein merasa bersalah dengan apa yang terhasil, lalu memburunya untuk memusnahkannya. Pemburuannya berakhir tragis,  Frankenstein sendiri mati dalam pemburuannya. Raksasa ciptaannya juga terasa sedih dan membunuh diri. Ini adalah kisah popular dari novel Franskenstein , tulisan Mary Shelley yang dihasilkan pada tahun 1818, yang meneroka erti kehidupan ...