(Artikel ini disunting dari suatu esei yang ditulis di dalam buku "Red Flag" terbitan Skolar Malaysia 2024) Krisis kesarjanaan di pendidikan tinggi merupakan suatu fenomena global yang tidak boleh dinafikan [i]. Hari ini wujud di kalangan awam, rungutan, atau keluhan tentang impak kesarjanaan pendidikan tinggi negara. Kebelakangan ini, seandainya kita meneliti tajuk berita, blog popular, siaran Facebook yang tular, kita akan mendapat persepsi yang suram terhadap akademia Malaysia. Walaupun universiti tempatan sering melagukan tentang lonjakan mereka dalam permainan ranking global, kita terus mendengar keluhan orang awam tentang akademia. Antara rungutan yang sentiasa kita dengar ialah, universiti terpisah dari industri dan masyarakat[ii], graduan tidak berkompetensi dalam pekerjaan[iii], kadar pekerjaan graduan yang rendah[iv], penukaran inovasi yang perlahan kepada pengkomersilan[v], tekanan persekitaran kerja untuk kakitangan akademik[vi]. Kisah2 sebegini seolah2 menggambar...
Kumpulan esei meneroka kemelut ilmu dan ilmuwan universiti, akibat dari ketagihan reduksionisme dan ketaksuban saintisme dalam pemikiran moden.