D iceritakan semasa di zaman pemerintahan British di India, ada sebuah kampung yang penduduknya sering terancam dengan serangan ular tedung. Maka pemerintah Britishpun menawarkan, iaitu sesiapa yang berjaya menangkap ular tedung, akan diberikan ganjaran wang. Maka ramailah orang yang menangkap ular tedung untuk mendapat ganjaran. Oleh kerana sifat tamak, ada yang mengambil jalan tidak jujur dengan menternak ular tedung demi untuk mendapatkan wang. Apabila ganjaran dihentikan, ular yang diternak dilepaskan kerana tiada keuntungan memeliharanya. Akhirnya keadaan menjadi lebih buruk kepada kampung tersebut. Apabila manusia dijanjikan ganjaran duniawi untuk sesuatu perkara yang penting, maka matlamat sebenar sesuatu usaha akan terpinggir, sebaliknya yang menjadi matlamat baharu ialah ganjaran yang dijanjikan. Kalau matlamat asal menangkap ular tedung di dalam cerita ini ialah untuk menjamin keselamatan penduduk kampung, namun setelah dijanjikan ganjaran, sifat tamak manusia akan menjadikan...
Kumpulan esei meneroka kemelut ilmu dan ilmuwan universiti, akibat dari ketagihan reduksionisme dan ketaksuban saintisme dalam pemikiran moden.