Pendahuluan Universiti, sejak awal penubuhannya, telah berfungsi sebagai nadi intelektual sesebuah negara. Ia bukan sekadar tempat melahirkan graduan untuk memenuhi pasaran kerja, tetapi medan pertembungan idea, gelanggang perdebatan, serta wadah untuk lahirnya sarjana yang mampu menggerakkan masyarakat ke arah kemajuan tamadun. Universiti juga berperanan sebagai institusi yang mempertahankan kebenaran, walaupun ia berlawanan dengan kepentingan politik atau ekonomi dominan. Namun dalam konteks Malaysia kontemporari, universiti semakin dilihat sebagai institusi yang kehilangan roh intelektualnya. Ranking antarabangsa meningkat, laporan pencapaian kuantitatif kerap dibanggakan, tetapi persepsi awam terhadap kualiti graduan dan kredibiliti sarjana semakin merosot. Masyarakat kerap meluahkan rasa kecewa apabila mendapati graduan universiti tidak memiliki kemahiran berfikir kritis, malah sering kali tidak bersedia menghadapi realiti kompleks dunia pekerjaan. Fenomena ini menandakan wuju...
Kumpulan esei meneroka kemelut ilmu dan ilmuwan universiti, akibat dari ketagihan reduksionisme dan ketaksuban saintisme dalam pemikiran moden.